Header Ads

Spesifikasi Nokia 3310 Telefon Popular Versi Terbaru 2017

Spesifikasi Nokia 3310 Telefon Popular Versi Terbaru 2017 |Benarkah jenama Nokia yang popular ketika dahulu muncul kembali dengan Nokia 3310? Akhirnya, ura-ura Finnish Nokia akan mengeluarkan versi terbaru jenama Nokia 3310 adalah benar, di mana mereka baru saja melancarkan jenama Nokia 3310 di Barcelona. Ia turut dilancarkan bersama 3 telefon pintar yang baru, tapi Nokia 3310 tetap cool di hati pengguna.

Spesifikasi Nokia 3310 Telefon Popular Versi Terbaru
Nokia 3310 (2017)

Kenapa telefon Nokia 3310 menjadi fenomena? Telefon Nokia 3310 ini mula dilancarkan pada tahun 2000 dan menjadi kegilaan ramai ketika itu. Tapi, namanya telah tergelam dek adanya telefon pintar yang lebih moden. Apa yang menarik telefon ini adalah tahan lasak, bateri tahan lama dan sangat mudah digunakan.

Spesifikasi Nokia 3310 Telefon Popular Versi Terbaru 2017


Apa yang ada pula pada Nokia 3310 versi terbaru ini?

Untuk makluman anda, telefon Nokia 3310 bukanlah telefon pintar, tapi hanya telefon biasa yang ditambahkan dengan beberapa fungsi tambahan agak sama seperti yang asal. Sudah kita ketahui, telefon ini mempunyai tahap ketahanan bateri jangka masa yang panjang sehingga 30 hari dan masa bercakap sehingga 22 jam.

Nokia 3310 juga turut disokong dengan rangkaian 2G sahaja dan saiz skrinnya yang lebih besar 2.4" QVGA dipadankan dengan storan dalaman 16 Megabytes dengan sokongan kad MikroSD sehingga 32 Gigabytes.

Spesifikasi Nokia 3310 Telefon Popular Versi Terbaru
Empat warna model Nokia 3310 (2017)

Dari segi rekaannya masih mengekalkan rekaan klasik Nokia 3310 yang lebih nampak moden. Terdapat 4 jenis warna dalam versi terbaru ini iaitu kuning, kelabu, biru dan merah. Malah, Nokia 3310 juga memiliki kamera 2 MP dengan disertakan LED Flash, pemain MP3 dan radio FM, serta menyokong Bluetooth. Selain itu, permainan Snake versi moden masih dikekalkan.

Spesifikasi Nokia 3310 Telefon Popular Versi Terbaru
Kamera 2MP Nokia 3310 Versi Terbaru

Spesifikasi Nokia 3310 Telefon Popular Versi Terbaru
Game Snake Nokia 3310

Rasanya sudah pasti anda ingin memilikinya semula dengan Nokia 3310 ini yang lebih moden. Dijangka Nokia 3310 akan dipasarkan seluruh dunia seawal April 2017 dengan harga hanya RM230 sahaja. Untuk dapatkan maklumat lanjut dan terperinci layari ke pautan disini.

Sumber : Nokia

4 comments:

  1. Tak tahu kenapa nampak macam telefon mainan pula hahaha and lebih prefer yang lama rasanya.

    ReplyDelete
  2. Kelihatan lebih slim...menarik...

    ReplyDelete
  3. Harga tak mahal sangat. Ada nilai sentimental kat situ

    ReplyDelete

Powered by Blogger.