Sinopsis J Revolusi 2017 Filem Ala James Bond

Sinopsis J Revolusi 2017 | Filem bergenre aksi ala-ala James Bond berjudul J Revolusi yang memaparkan kehidupan sebenar anggota Unit Tindakan Khas (UTK). Filem terbaru ini telah dibarisi beberapa pelakon terkenal Malaysia antaranya Zul Ariffin sebagai watak utama, dibantu oleh Farid Kamil, Izara Aishah, Nur Fazura dan ramai lagi.

Sinopsis J Revolusi 2017 Filem Ala James Bond

Filem J Revolusi telah diarahkan oleh pengarah terkenal masa ini iaitu Zulkarnain Azhar yang diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd dengan kerjasama Infinitus Productions. Tanpa membuang masa, mari terjah sinopsis J Revolusi yang dikongsikan khas kepada pembaca setia dan peminat filem tanah air.

Sinopsis J Revolusi 2017 Filem Ala James Bond


J Revolusi mengisahkan anggota UTK bernama Jay Zulkarnain yang sangat terlatih dan digeruni pengganas negara. Jay terpaksa menyelamatkan adik perempuannya, Dian (Fazura) seorang ejen penyamaran yang telah diculik oleh pengganas yang pernah memerangkap Jay untuk satu kes pembunuhan.

Dalam misi menyelamat itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan tugasnya. Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.

Jangan lupa saksikan filem J Revolusi yang bakal menemui anda di pawagam pada 2 Mac 2017 ini. Memang rasa tak rugi kalau pergi tonton! Saya lanja trailer official J Revolusi di bawah.

3 comments.. read them below or add one

aRz MoHa aRz MoHa February 10, 2017
belanja tiket satu lokman hehehe
husna zahidi husna zahidi February 11, 2017
mantap! sesetgh org tak tgk jalan cerita sgt tp lebih kpd aksi..