Header Ads

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet Slot Akasia TV3

Drama Suamiku Paling Sweet adalah drama terbaru yang akan menggantikan drama Biar Aku Jadi Penunggu di slot Akasia. Drama Suamiku Paling Sweet diadaptasi dari novel Suamiku Paling Sweet karya tulisan Anjell.

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet Slot Akasia TV3

Drama ini yang diarahkan oleh Zul Huzaimy Marzuki telah dibintangi beberapa pelakon popular antaranya Syafiq Kyle, Mawar Rashid, Fazren Rafi, Natasya Mahyan dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6.58 petang di TV3.

Senarai Pelakon Drama Suamiku Paling Sweet


● Mawar Rashid sebagai Qisha Iris
● Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal
● Fazren Rafi sebagai Qairul
● Natasha Mahyan sebagai Maya
● Nik Adam Mika sebagai Hafiy
● Aedy Ashraf sebagai Hakimi

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet


Drama Suamiku Paling Sweet ini mengisahkan Qisha terpaksa mengikut kata mamanya menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisha juga terpaksa berkahwin dengan Izz Haikal dalam usia yang cukup muda. Nak tahu apa yang berlaku seterusnya kepada Qisha? Adakah beliau terima pernikahan bersama Izz? Saksikan drama ini di slot Akasia bermula 12 Februari 2017.

No comments

Powered by Blogger.