Kenali Siapa Daniel Tyler Mat Dan Kaki Jalan

Korang kenal siapa Mat Dan dalam program Mat Dan Kaki Jalan di Astro Prima? Apa yang aku tertarik nak ceritakan tentang Mat Dan ini adalah dia fasih bertutur loghat Terengganu dalam satu program bercorak diari kembara di seluruh destinasi Malaysia. Korang dah tengok setiap episod gelagat Mat Dan "Mat Dang" Kaki Jalan? Serius syokkk....

Kenali Siapa Daniel Tyler Mat Dan Kaki Jalan

Daniel Tyler atau lebih dikenali sebagai Mat Dan sebenarnya telah memeluk Islam dengan panggilan Kareef Daniel Abdullah. Beliau sudah pun 6 tahun tinggal di Terengganu dan korang nak tahu bagaimana perjalanan cerita Mat Dan yang terus menetap di sini.

Kenali Siapa Daniel Tyler Mat Dan Kaki Jalan


Kisah Mat Dan ini bermula apabila dia mengambil keputusan selepas tamat pengajiannya untuk mengembara ke Thailand dan Laos bersama rakan-rakannya. Namun, rakannya bercadang untuk bercuti di Pulau Perhentian dan mereka tinggal selama seminggu di sana.

Kenali Siapa Daniel Tyler Mat Dan Kaki Jalan

Mat Dan dan rakannya beralih angin pula untuk berehat dan bercuti di Pulau Kapas, tetapi disebabkan keindahan Pulau Kapas dan penduduk setempat yang berbudi bahasa dan beramah mesra membuatkan Mat Dan jatuh cinta dengan Pulau Kapas. Selama 6 tahun beliau menetap di Pulau Kapas, sedikit demi sedikit beliau menguasai bahasa Melayu loghat Terengganu lebih kurang 4 tahun sehingga fasih bertutur.

Fakta Menarik Tentang Mat Dan 'Mat Saleh Cakap Terengganu'


1. Mat Dan berasal dari Bristol, England

2. Mat Dan pelajari untuk bertutur loghat Terengganu selama 3 hingga 4 tahun

3. Pertama kali makan nasi adalah guna tangan kiri dan kini dah guna tangan kanan

4. Mengambil masa yang lama untuk kembali fasih bertutur dalam bahasa Inggeris

Kenali Siapa Daniel Tyler Mat Dan Kaki Jalan

Biodata Mat Dan 'Daniel Tyler'


Nama Sebenar : Daniel Tyler
Nama Gelaran : Mat Dan
Nama Islam : Kareef Daniel Abdullah
Umur : 27 tahun (2017)
Asal : Bristol, England
Keturunan : Inggeris
Hobi : Mengembara
Instagram : https://www.instagram.com/mat_dan1/

 

2 comments.. read them below or add one

Sentiasa Panas Sentiasa Panas February 03, 2017
Tak pernah tonton lagi Mat Dan ni tapi macam seronok rancangan tu kan..
Jie Susanos Jie Susanos February 03, 2017
Huhu..jie slalu lupa nk tonton kaki jalan ni