Resepi Kuih Bakul 'Nian Gao' Tahun Baru Cina

Resepi Kuih Bakul | Hari ini aku nak kongsi satu resepi kuih atau makanan tradisional cina khas untuk bangsa TiangHoa di Malaysia. Inilah resepi Kuih Bakul seakan serupa dengan dodol, kuih tradisional Melayu. Sekali pandang macam kuih bulan pun ada kalau yang masih keliru.

Resepi Kuih Bakul Perayaan Tahun Baru Cina

Kuih Bakul atau 'Nian Gao' pastinya menjadi makanan wajib bagi kaum Cina setiap kali menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Apa saya tahu kuih ini kurang dikenali generasi masa kini berbanding generasi yang berusia seperti ibu saya. Dikatakan kuih bulan lebih popular pada masa kini apa saya tahu dari rakan bangsa Cina.

Resepi Kuih Bakul


Berikut dikongsikan adalah bahan-bahan dan cara membuat kuih bakul seperti di bawah :

Bahan Membuat Kuih Bakul


● 450 gram tepung pulut
● 188 gram gula perang
● 188 gram gula putih
● 750 gram sirap golden
● 370ml air
● 4 atau 5 tin loyang berukuran 10cm
● Daun pisang dilayur

Cara Membuat Kuih Bakul


1. Gaulkan tepung pulut dengan air sehinggalah sebati adunan. Masukkan gula dan kacau rata hingga gula larut. Mengikut kesesuaian anda biarkan lebih kurang 15 minit.

2. Alas tin dengan daun pisang.

3. Selepas itu, didihkan air dan tuangkan separuh adunan ke dalam tin.

4. Kukus selama 7 atau 8 jam mengikut kesesuaian anda.

5. Apabila kuih sudah masak, ia akan kelihatan berwarna coklat. Biarkan ia semalaman sebelum mengeluarkan kuih itu dari tin.

6. Siap untuk dihidang.

Semoga informasi ini dapat membantu anda khususnya kaum Melayu yang ingin cuba buat kuih tradisi Cina iaitu Kuih Bakul. Kongsikan jika ia memberi manfaat.

Kredit : wikibooks

2 comments.. read them below or add one

Elih Japahar Elih Japahar January 27, 2017
Sedap kuih ni...ada kawan cina bagi pagi tadi huuhu...
Ummul Azkee Ummul Azkee January 28, 2017
oh kuih bakul cmni rupanya..baru tahu, mmg mcm dodol rupanya. tak pernah pun rasa lg..