Header Ads

Permohonan Cuti Kuarantin Kakitangan Awam 2017

Permohonan Cuti Kuarantin Kakitangan Awam 2017 | Anda tahu kini adanya borang permohonan cuti kuarantin bagi kakitangan awam? Bagi yang masih belum ketahui hal ini, sebenarnya sebelum ini kerajaan telah mengumumkan satu kemudahan kepada penjawat awam mengenai cuti kuarantin yang telah dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2017.

Permohonan Cuti Kuarantin Kakitangan Awam 2017

Jika sebelum ini, kakitangan kerajaan hanya akan mengambil Cuti Rehat Khas CRK untuk menjaga anak mereka yang tidak dapat hadir ke sekolah akibat penyakit berjangkit yang berbahaya dan juga kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Dengan adanya kemudahan cuti baru ini yang telah dipersetujui oleh kerajaan untuk memudahkan urusan penjagaan anak yang sakit. Kerajaan juga telah bersetuju supaya kemudahan Cuti Kuarantin ini diberikan kepada anak yang menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.

Jom lihat pekeliling baru ni iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/26 - kemudahan Cuti Kuarantin. Tempoh yang boleh diluluskan adalah maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak perlu dikuarantin.

Permohonan Cuti Kuarantin Kakitangan Awam 2017


Berikut dikongsikan adalah syarat anak yang dikuarantin, senarai penyakit berjangkit yang dibenarkan dan borang permohonan cuti kuarantin KKM 2017 :

Syarat anak yang dikuarantin


● Berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun;

Senarai Penyakit Berjangkit yang dibenarkan


● Demam Denggi
● Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
● Campak (Measles)
● Difteria
● Cacar (Chickenpox)
● Malaria

Borang Permohonan Cuti Kuarantin Penjawat Awam


Jika anda ingin mendapat kemudahan cuti kuarantin, terlebih dahulu anda perlu mengisi borang khas dan perlu mendapat kebenaran. Anda boleh muat turun borang permohonan cuti kuarantin dan Pekeliling ( Klik Sini). Perkhidmatan ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.


Permohonan Cuti Kuarantin Kakitangan Awam 2017

Semoga adanya informasi ini dapat membantu khususnya kepada penjawat awam yang masih tidak tahu adanya kemudahan cuti kuarantin ini yang telah diumumkan oleh kerajaan.

2 comments:

  1. thanks for sharing this information.. :)

    ReplyDelete
  2. Rotavirus x de dlm senarai... Terpaksa ambil cuti tahun...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.