12 Kekosongan Jawatan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) - Januari 2017

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) Januari 2017| Anda berminat bekerja sektor kerajaan di Majlis Perbandaran Kulim? Untuk makluman anda, permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia keutamaan adalah calon anak jati Kedah untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di MPKK ambilan Januari 2017.

12 Kekosongan Jawatan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) - Januari 2017

Jawatan Kekosongan MPKK Januari 2017



1. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N19
3. Pekerja Sambilan Harian PSH

Sektor : Kerajaan / Badan Berkanun
Jumlah Kekosongan :
N29 - 2 kekosongan
N19 - 2 kekosongan
PSH - 10 kekosongan
Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak
Lokasi : Kulim, Kedah
Tarikh tutup permohonan : 31 Januari 2017

Cara Memohon



1. Semua borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman Portal MPKK :
http://www.mpkk.gov.my/ms/mp-kulim/sumber/muat-turun-borang/e-borang

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
a) 2 keping gambar berukuran passport
b) Salinan Sijil Kelahiran
c) Salinan Kad Pengenalan
d) Salinan Sijil Peperiksaan
e) Lain-lain Sijil yang berkaitan.

3) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah.

4) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 25 sm x 32 sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

5) Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan akan DITOLAK. Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KULIM
NO. 1, LEBUH BANDAR 2
BANDAR PUTRA 
09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN
(u.p: Bahagian Sumber Manusia)

Semoga perkongsian ini dimanfaatkan kepada pemohon berkelayakan untuk membuat permohonan jawatan kosong ini di Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) sebelum tarikh tutup 31 Januari 2017 ini.

0 comment... add one now