Header Ads

Suri Hati Mr Pilot Drama Melayu Paling Popular Google Malaysia 2016

Suri Hati Mr Pilot Drama Melayu Paling Popular Google Malaysia 2016 | Anda tahu drama Melayu apa yang paling popular dalam Google Malaysia tahun 2016? Pasti anda terbayang drama bersiri popular yang disiarkan di Astro. Ya. Tepat sekali penangan hebat daripada drama bersiri Suri Hati Mr.Pilot lakonan romantis Fattah Amin dengan Neelofa telah menjadikan ia tersenarai sebagai drama Melayu paling trending nombor satu di enjin carian Google Malaysia pada tahun 2016.
Suri Hati Mr Pilot Drama Melayu Paling Popular Google Malaysia 2016

Diikuti dengan drama bersiri yang dibintangi oleh Alif Satar dan Siti Nordiana iaitu Dia Semanis Honey yang juga telah popular dan trending sejak ia disiarkan pada Mei lalu. Sementara itu, antara 10 drama Melayu paling popular lain yang turut tersenarai dalam Google Malaysia pada tahun 2016 adalah Isteri Vs Tunang, Awak Sangat Nakal dan Suami Tanpa Cinta.


10 Drama Melayu Paling Popular Google Malaysia 2016

1. Suri Hati Mr Pilot
2. 7 Hari Mencintaiku
3. Dia Semanis Honey
4. Tundukkan Playboy Itu
5. Cinta Si Wedding Planner
6. Sayangku Kapten Mukhriz
7. Isteri vs Tunang
8. Mr Donut Karamel
9. Awak Sangat Nakal
10. Suami Tanpa Cinta
Berbalik semula dengan penangan drama Suri Hati Mr Pilot, pelakon Neelofa dan Fattah Amin turut menjadi bualan hangat sehingga kini apabila rata-rata peminat mahu melihat aksi romantis hero dan heroinya benar-benar bercinta di luar lokasi.
Nampaknya drama bersiri yang tersenarai dalam 10 drama Melayu paling popular dalam enjin carian Google Malaysia rata-rata semuanya diadaptasi dari sebuah novel. Diharapkan drama-drama selepas ini dapat memberikan impak lagi besar untuk tontonan.

No comments

Powered by Blogger.