Header Ads

6 Laman Web Terbaik Wajib Anda Lawati

Anda tahu laman web Malaysia yang terbaik wajib anda lawati? Okay kalau anda belum tahu pastikan baca artikel ini. Sangat berguna dan manfaat.


6 Laman Web Terbaik Wajib Anda Lawati

Dengan peredaran zaman yang semakin canggih dengan teknologi IT, dunia kini semakin celik dengan internet tanpa sempadan. Pengguna IT semakin hebat dengan menjana pendapatan sama ada seorang marketer, business online mahupun blogger. Anda tahu kini dianggarkan lebih kurang 1 billion pengguna laman web dan blog di seluruh dunia. Pasti anda terkejut kan? 

Semakin banyak laman web, semakin banyak laman web yang kurang memberi manfaat. Anda nak tahu laman web yang sangat berguna? Di sini ingin dikongsikan beberapa laman web atau blog di Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai yang masih tidak tahu. 


6 Laman Web Terbaik Wajib Anda Lawati


Berikut 6 website yang anda wajib kunjungi tetapi ramai yang tidak tahu akan laman-laman ini.

1. Jawatan kosong 

Adakah anda seorang pencari kerja atau seeker jobs? Semestinya anda ingin tahu website pencari kerja yang memudahkan anda untuk dapatkan jawatan kosong. Government.my adalah penyedia laman web carian kerja yang menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam di Malaysia. Laman web ini turut menyediakan banyak peluang pekerjaan baru yang boleh anda dapati dengan mudah dan juga informasi dan isu semasa yang berkaitan.

2. Jawatan kosong kerajaan

Nak tahu laman web jawatan kosong yang popular? Inilah laman web JawatanKosong.co ini pula lebih fokus dan khususnya kepada anda yang sedang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan. Semestinya anda ingin mencari jawatan kosong yang gaji lumayan? Laman web ini turut menyediakan jawatan kosong, di mana gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat permohonan loan, betul kan? So, tunggu apa lagi, cuba buka dan cari kerja yang bersesuaian dengan kelayakan anda.

3. Kerja Kosong 

Kerjakosong.co pula adalah sebuah portal pekerjaan dimana laman web ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Anda nak tahu? Dalam portal ini, majikan boleh submit dan hantar terus tawaran kerja kosong kepada anda yang berminat. Mudahkan? Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini.

4. Saps Ibu Bapa 


6 Laman Web Terbaik Wajib Anda Lawati


Apa itu saps ibu bapa? Mesti dalam kalangan anda yang masih tak tahu adanya website ini. Untuk pengetahuan, laman web SAPS Ibu Bapa adalah penyedia maklumat yang memudahkan ibu bapa anda membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda hanya masukkan kad pengenalan anak dan nama penuh. Mudah dan cepat?Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah yang telah dibangunkan oleh KPM untuk memudahkan para ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak mereka dengan mudah.

5. APDM 

Apa pula laman web APDM ni? Okay saya akan terangkan. APDM atau Aplikasi Pangkalan Data Murid adalah satu laman web khususnya kepada cikgu-cikgu sekolah untuk mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan sebagainya. Sistem ini telah dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan tujuannya demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia setaraf dengan antarabangsa.

6. Hrmis2 

HRMIS atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia ini merupakan aplikasi dalam talian yang digunakan oleh setiap penjawat awam untuk membuat permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi anda dari semasa ke semasa. Dengan adanya laman web ini, memudahkan urusan anda dengan lebih cepat.

Penulis mengharapkan artikel ini yang dihuraikan dengan lebih terperinci mengenai 6 laman web atau blog yang berguna dapatlah memberi pengetahuan kepada anda. Walaupun laman-laman web itu tidaklah begitu popular dalam kalangan orang Malaysia. Semoga informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu pembaca dapatkan pengetahuan. 

4 comments:

  1. Ada antaranya kerap juga kak PC singgah :)

    ReplyDelete
  2. kerja kosong itu mmg wajib!

    ReplyDelete
  3. sbg seorang cikgu memang kena gi bukak SAPS selalu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.