Header Ads

Petanda dan Cara Merawat Chicken Pox

Petanda dan Cara Merawat Chicken Pox Pernah anda alami chicken pox? Apa itu penyakit chicken pox dan petandanya? Rasanya setiap kita pernah dijangkiti chicken pox ketika budak-budak. Kini, tengah heboh penyakit ini yang kian menular termasuk otai blogger kita iaitu tuan Hasrul Hassan. Sebab tu penulis rasa nak tahu sebab dan kenapa penyakit ini mudah terjadi!

Petanda dan Cara Merawat Chicken Pox

Jika anak anda dijangkiti penyakit chicken pox , baik anda baca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui apa yang patut dilakukan.

Apa itu penyakit Chicken Pox?


Chicken pox atau dikenali penyakit cacar air adalah disebabkan jangkitan virus dan mudah berjangkit daripada bersin, selesema dan batuk. Kebiasaannya, ia berlaku kepada kanak-kanak dan lebih teruk sekali sekiranya berlaku kepada orang dewasa.


Petanda dan Cara Merawat Chicken Pox


Petanda dan Gejala Penyakit Chicken Pox



● Pengidap cacar air akan rasa mengalami demam, rasa tidak sihat dengan bintik-bintik merah pada kulit.
● Bintik-bintik merah yang baru mula timbul dan membentuk gelembung berisi air pecah.
● Apabila air gelembung itu pecah ia akan menjadi kering dan berkeruping.
● Penyebab rasa gatal dan boleh mengakibatkan parut jika digaru.
● Tanda-tanda kecil seperti tiada selera makan, batuk ringan dan sakit kepala

Tips Cara Merawat Penyakit Chicken Pox


1. Perbanyakkan minum air masak dalam seharian

Demam tinggi ketika terkena jangkitan cacar air boleh mengakibatkan pesakit kehilangan banyak air daripada biasa. Dengan itu perbanyakkan minum air masak ketika chicken pox untuk elakkan dehidrasi yang boleh mengakibatkan sistem imunisasi menjadi lemah.

2. Pengambilan makanan yang sesuai

Jika anda terkena jangkitan chicken pox dinasihatkan pesakit mengambil diet yang boleh meningkatkan sistem imunisasi badan seperti buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C. Pastikan elakkan pengambilan makanan seperti daging, telur dan tenusu kerana ia penyebab kulit mudah berasa gatal.

3. Elakkan berada di tempat panas

Pastikan pesakit cacar air dinasihatkan tidak berada di kawasan panas kerana untuk elakkan pesakit berpeluh dan akan menyebabkan ruam kulit berasa gatal.

4. Minum air kelapa

Secara umumnya, air kelapa adalah petua orang tua-tua, di mana ia mengandungi nutrien yang mampu mengeluarkan chicken pox tersebut ke seluruh badan.

5. Sapukan losyen calamine

Sekiranya anda berjumpa dengan doktor, akan dibekalkan losyen calamine yang dapat mengurangkan kegatalan di badan. Sapukan losyen itu dengan kerap di badan anak anda.

Diharapkan informasi ini mengenai cara rawatan penyakit chicken pox dan juga petanda awal penyakit tersebut dapat dijadikan panduan anda semua. Sebarkan ilmu ini jika anda rasa berguna.

4 comments:

  1. minum air kelapa tu x boleh dah sebenarnya. memang betul akan keluar habis, tapi virus tak mati. kalau virus tak mati, nanti berisiko dpt kayap bila berumur 50an nanti. rawatan zmn sekarang adalah dgn antiviral. elok jumpa doktor juga kan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ini.. =) Insha Allah akan cuba manfaatkan info ini di masa depan...

    ReplyDelete
  3. nice info.. Unni da kena time kecil2

    ReplyDelete

Powered by Blogger.