Biografi Lengkap Rasulullah SAW

Siapakah Nabi Muhammad? Kenapa umat Islam sangat menyayangi akan Rasulullah s.a.w? Baginda adalah seorang nabi dan rasul terakhir bagi umat Muslim. Muhammad Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling agung menyebarkan ajaran Islam untuk seluruh umat manusia di dunia dan mewariskan pemerintahan tunggal Islam.

Biografi Lengkap Rasulullah SAW

Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada setiap 12 Rabiulawal, kita sebagai umat Islam memperingati akan pengorbanan baginda dalam menyebarkan agama Allah. Berikut dikongsikan biodata dan biografi Rasulullah s.a.w yang lengkap daripada perjalanan awal baginda hingga kewafatan Rasul kita.

BIODATA RASULULLAH SAW


● Nama Penuh : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim ibn Abd Manaf ibn Qushay ibn Kilab 

●Tarikh Lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi (dikenali sebagai tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

●Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

●Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

● Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf ibn Zuhrah ibn Kilab

● Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

● Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

●Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


BIOGRAFI RASULULLAH SAW

√ USIA 5 TAHUN

   Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan di dalam hatinya.

√ USIA 6 TAHUN

   Ibunya Aminah binti Wahab sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).

   Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan ayah Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

√ USIA 8 TAHUN

   Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

√ USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

   Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

   Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

√ USIA 20 TAHUN

   Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperan mengumpulkan anak-anak panah saja.

   Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

√ USIA 25 TAHUN

   Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

   Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

   Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

√ USIA 35 TAHUN

   Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Perbaikan Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

   Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan perselesihan mengenai perletakan batu tersebut.

√ USIA 40 TAHUN

   Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

√ USIA 53 TAHUN

   Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

√ USIA 63 TAHUN

   Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan keinsafan kepada diri kita sendiri tentang perjalanan kehidupan Nabi Muhammad daripada awal sehingga ke akhir hanyalah semata-mata menyebarkan ajaran Islam. Sebarkan ilmu bermanfaat ini kepada umat Islam di luar sana.

1 comment... add one now

Unni Anje Unni Anje December 13, 2016
sannah Helwah ya Rasullulah