Header Ads

Azam Tahun Baru 2017 Lokmanamirul

Azam Tahun Baru 2017 Lokmanamirul| Setiap tahun pasti kita tidak akan ketinggalan menyambut tahun baru yang bakal menjelang bermulanya lembaran kalendar 2017. Sudah pasti ramai yang memasang azam tahun baru termasuk penulis ini sendiri.

Azam Tahun Baru 2017 Lokmanamirul


Sebagai seorang penulis blog sambilan aka seorang student diploma civil eng. pastinya kekangan masa faktor utama yang menjadi penghalang masa kini. Tapi, ia bukan satu tembok yang kebal untuk tidak kita teruskan lebih baik. Apa yang saya boleh katakan tahun 2016 adalah antara yang terbaik dalam pencapaian saya sebagai seorang part time blogger yang baru setahun jagung terjebak dalam dunia ini.

Pelbagai cabaran, halangan dan tentangan yang pernah lalui sepanjang tahun 2016. Di bawah ini saya kongsikan serba sedikit apa yang saya telah gapai tahun 2016 walaupun masih banyak perlu ditambahbaikan dan terus mencapai kejayaan tersebut.

Pencapaian Tahun 2016
👉 Untuk jadikan blog lokmanamirul sebagai komersial, maknanya nama blog lokmanamirul untuk dikenali para blogger Malaysia
👉 Tukarkan domain dari lokmanamirul.blogspot kepada lokmanamirul.com
👉 Telah belajar dengan blogger2 hebat mengenai ilmu blogging terutamanya seo (nama dirahsiakan)
👉 Berjaya mendapat full adsense daripada hosted kepada non hosted
👉 Join beberapa group blogging antaranya Blogger Utara dan juga EFG
👉 Berjaya apply dapat Innity Publisher.
👉 Konsisten kekalkan rank alexa dunia 500k dan Malaysia di bawah 8k
👉 Jana pendapatan dari hasil blogging dan review

Azam Tahun Baru 2017 Lokmanamirul

Setakat tu lokman kongsikan apa yang telah tercapai pada tahun 2016. Tak semudah itu jika kita benar-benar berusaha untuk dapatkan sebegini. Apa yang Lokman terapkan adalah oerlu istiqamah tulis artikel yang berkualiti. Apa azam 2017? Azam 2017 saya rasanya jauh lebih besar yang saya harapkan untuk kerjaya blogging ini.

Azam Tahun Baru 2017 Lokmanamirul


1. Target naikkan trafik blog lokmanamirul.com kepada 20k ke atas. Tahun 2016 hanya konsisten 6k ke atas.

2. Uruskan beberapa blog lagi niche tertentu selain blog utama lokmanamiruldotcom secara konsisten. Blog kedua saya niche sukan celotehsukan.blogspot.com dan ada beberapa lagi.

3. Beli domain .com blog baru kursusnya blog sukan tersebut.

4. Fokus untuk program affiliate dan jana pendapatan dari program itu.

5. Terus istiqamah belajar ilmu blogging khususnya SEO, SEM, SERP dan banyak lagi.


6. Mahu tuntut ilmu FB ads dengan otai2.

7. Cari lebih kenalan blogger yang masih tidak mengenali saya.

8. Target alexa rank dunia 300,000 ke bawah dan malaysia 2000 ke bawah.

9. Cuba untuk ceburi untuk dunia marketing.

10. Lebih banyak menjana income dari Adsense, Innity dan iklan lain.

Inilah antara azam baru Lokman untuk tahun 2017. Kesemuannya adalah untuk kerjaya blogging sahaja tak masok soal keluarga dan agama. InshaAllah semoga perancangan saya yang telah dirancang moga2 matlamat itu tercapai tahun hadapan. Jadikan hidup lebih bermakna di keesokkan harinya. Selamat Happy New Year 2017!

5 comments:

  1. Fuhh terbaik..semoga berjaya mencapai azam tahun 2017 ini. Happy New Year 2017 bro..

    ReplyDelete
  2. Semoga terus sukses dan mencapai apa yang diimpikan

    ReplyDelete
  3. semoga apa yang dihajatkan dapat dicapai :)

    ReplyDelete
  4. Hebat bro! all the best.... moga blog ini terus sukses selaluuuuu... happy new year 2017

    ReplyDelete

Powered by Blogger.