Header Ads

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Mr Donut Karamel 2016

Jangan ketinggalan saksikan drama terbaru Slot Lestary iaitu Drama Mr Donat Karamel yang akan ditayangkan pada jam 9.00 malam nanti. Drama ini diarahkan oleh pengarah Azman Yahya (Jinggo), di mana diadaptasi dari novel karya Hanny Esandra.

Bakal diterajui oleh watak utama dalam drama Mr Donat Karamel iaitu Hafizd Roshdi dan Azira Shafinaz. Drama bersiri ini bersiaran 13 episod mulai 2 November 2016 setiap hari Rabu hingga Jumaat pada jam 9.00 malam di TV3. Tahu sinopsis drama Mr Donat Karamel, baca selanjutnya...

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Mr Donut Karamel 2016

Senarai Watak Pelakon Drama Mr Donut Karamel

1. Hafidz Roshdi sebagai Faiq Faiqal
2. Azira Shafinaz sebagai Anggun Qairah
3. Idris Khan sebagai Zharif
4. Fimie Don sebagai Kamil
5. Syazuwan Hassan DFKL sebagai Redwan
6. Roy Azman sebagai Dato Azman
7. Noniswara sebagai Datin Azie
8. Mona Allen sebagai Mimin

Baca jugaBiodata Azira Shafinaz Pelakon Drama Mr Donut Karamel

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Mr Donut Karamel 2016
Barisan Pelakon

Sinopsis Drama Mr Donut Karamel

Kisah seorang novelis yang bernama Anggun Qairah yang sangat gemar donut karamel dan suka menghabiskan masa di sebuah kafe tatkala dia mencari ilham untuk menulis.

Seperti biasa kemalangan berlaku, menemukan novelis yang bernama Anggun Qairah dengan seorang jejaka bernama Faiq Faiqal. Cermin mata Anggun dan komputer ribanya habis digilis kereta. Malang sekali, Anggun tidak melihat wajah jejaka itu lantaran rabun yang dihadapinya.

Sejak dari itu, Faiq mula gila bayang, daripada CEO menjadi seorang pelayan cafe semata-mata mahu jumpa dengan si jantung hati idaman. Siap lagi menyamar sebagai Rafiqi yang kononnya peminat setia novelis cantik itu.

Namun perasaan kecewa muncul apabila Anggun mengetahui kebenaran. Dari situ Faiq cuba pelbagai cara memikat si pujangga hatinya. Bahagiakah mereka?....Saksikan!



2 comments:

  1. baru tadi tengok.. hmm.. macam2 dah drama melayu skrg.. hahaha

    ReplyDelete
  2. alkisah semasa baca entry ni

    Unni : Movie apa lagi ni MR.donat karamel
    Budak ofice 1: wah bestnya nonton semalam, sweet nya
    Budak office 2 : hensem2 pelakonnya
    Unni : [ muka blur terus abiskn bacaa]

    maklumla Umah unni xda tv.. hahahah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.