Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal Astro Ria

Drama terbaru Awak Sangat Nakal yang diadaptasi dari novel karya asal Syamnuriezmil yang dibintangi pelakon utama yang hebat iaitu Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Drama ini bakal menggantikan drama Suri Hati Mr Pilot yang baru saja tamat bersiaran.

Drama Awak Sangat Nakal telah diarahkan oleh Azmi Hatta yang mula bersiaran pada 7 November 2016 dengan 16 episod penuh di saluran Astro Ria pada jam 10.00 malam setiap hari Isnin hingga Khamis. Di bawah berikut senarai pelakon dan sinopsis drama Awak Sangat Nakal.

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal

Senarai Pelakon Drama Awak Sangat Nakal

Sharnaaz Ahmad sebagai Johan Rizqin
Ayda Jebat sebagai Erine Johanna
Tash Yong sebagai Yue
Farouk Hussain sebagai Pak Mat
Ika Nabilla sebagai Ain Humaira
Fadilah Mansor sebagai Mak Munah

Artikel berkaitan :
● Biodata Tash Yong Pelakon Drama Awak Sangat Nakal
● Biodata Sharnaaz Ahmad Pelakon Utama Drama Awak Sangat Nakal

Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal

Kisah bermula pertemuan antara Johan Rizqin (Sharnaaz Ahmad) dan Erine Johanna (Ayda Jebat) apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan tinggal di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin mangsa usikkannya.

Tapi pasa masa yang sama, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira anak angkat Mak Munah. Tetali kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Walaubagaimana pun, Johan menghadapi banyak cabaran.

Bermula dari situ Erine mencari dan berjaya merungkai konspirasi yang disimpan oleh Mak Munah selama 23 tahun. Nak tahu apa kesudahannya, jangan lupa saksikan drama Awak Sangat Nakal.

Baca juga : Biodata Ayda Jebat Pelakon Utama Awak Sangat Nakal

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal

2 comments.. read them below or add one

ayunie ramli ayunie ramli November 08, 2016
tgk dh smlm :) cam best sbb Ayda Jebat belakon kan mnjadi :)