Header Ads

Semakan Keputusan Permohonan EgTukar Guru Sesi Januari 2017 Online

Bila tarikh semakan keputusan permohonan egTukar guru online Januari 2017? Bagi guru yang telah membuat permohonan, kini anda boleh buat semakan keputusan egTukar sesi Januari 2017 secara online yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 7 November lalu.

Untuk makluman anda, permohonan sistem pertukaran guru secara atas talian (online) atau egTukar sesi Januari 2017 adalah melibatkan pertukaran guru di antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG39 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based).

Semakan Keputusan Permohonan EgTukar Guru Sesi Januari 2017 Online

Semakan Keputusan Egtukar Guru Sesi Januari 2017 Online

Berikut adalah dikongsikan maklumat berkaitan semakan keputusan egTukar guru sesi Januari 2017 yang memaparkan keputusan semakan, penempatan guru dan aplikasi semakan.

1. Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Sesi Januari 2017

● Tarikh rasmi adalah pada 7 November 2016 bermula jam 6.00 petang
● Klik aplikasi semakan 👉 https://epgo.moe.gov.my/

2. Keputusan Penempatan Guru yang Telah Diluluskan

● Tarikh rasmi semakan penempatan guru adalah pada 14 November 2016
● Klik aplikasi semakan 👉 https://epgo.moe.gov.my/
● Permohonan yang diluluskan akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2017

Bagi permohonan yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan semakan semula dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan kelulusan pertukaran diumumkan. Pemohon boleh hantar rayuan ke Pejabat Pendidikan Daerah khidmat semasa atau PPD yang dimohon.

Bagi guru yang berjaya membuat pertukaran penempatan sesi Januari 2017 diucapkan tahniah dan anda tidak boleh membuat pembatalan.

1 comment:

  1. wahh da ada tarikh..kwn unni dok tgu kputusan ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.