Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini


Kategori Nombor Pendaftaran

Berikut anda boleh lihat kategori nombor plat cantik dan menarik untuk dijual.

a. Nombor-nombor Bernilai Utama
12345678910
b. Nombor-nombor Menarik
11121314151617
18192228333855
66778899111222333
55566677788899911112222
333355556666777788889999
c. Nombor-nombor Popular
20212324252627
29303132343536
37394041424344
45464748495051
52535456575859
60616263646567
68697071727374
75767879808182
83848586878990
91929394959697
98100200300400500500
7008009001000100111221221
1133133111551551116611771771
1188188111991919199120002002
20202211211222332332225525225
2552226626622277272727722288
2828288222992929299230003003
3030330031313113332232323223
3355353535533366363633773773
3388383833993939399340005000
5005551551155522553353535335
5566566555775775558858855599
5995500050066611611666226633
6336665565566677677666886868
6886669969696996700070077070
7711717171177722722777337373
7755755777667667778878787887
7799799780008008881181818118
8822822888338383833888558558
8866866888778778889989898998
900900999119119992292299933
9339995595599966969696699977
9779998898989889
Mana-mana nombor pendaftaran lain yang menerima tempahan adalah termasuk di bawah kategori ini.
d. Nombor-nombor Semasa
Bermaksud suatu nombor pendaftaran dari kategori selain di atas

Dokumen yang diperlukan :
Nota : Semua dokumen hendaklah diisi ke dalam sampul surat, ditulis di luar sampul surat "TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN" dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan.

Permohonan Menyertai Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran

1. M.V. 10
2. Bayaran perkhidmatan RM10
3. Bayaran deposit 50% daripada harga tempahan dan dikemukakan dengan bank draf/ kiriman wang/ wang pos atau nama "Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia".
4. Salinan Kad Pengenalan Pemohon untuk individu atau syarikat yang disahkan.
5. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan.
6. Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.

Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan

1. M.V. 10A
2. Slip bayaran yuran perkhidmatan RM10
3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon atau identiti pengenalan diri
4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan.

Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas)

1. M.V. 10B
2. Surat permohonan
3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon atau identiti pengenalan diri
4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan.

Harga Tempahan

Harga tempahan minima bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut :

1. Nombor Bernilai Utama : RM10,000
2. Nombor Menarik : RM2,000
3. Nombor Popular : RM300
4. Nombor Semasa : RM300

Maklumat Tambahan 

1. Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
2. Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua Pejabat JpJ Negeri / Cawangan.
3. Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.

Sumber

0 comment... add one now