Header Ads

Konspirasi Kartun 'The Simpsons' Ramalan Trump Jadi Presiden Amerika Syarikat

Konspirasi Kartun 'The Simpsons' Ramalan Trump Jadi Presiden Amerika Syarikat. Adakah ia satu teori konspirasi atau hanyalah kebetulan? Anda seorang peminat kartun The Simpson? Anda pasti ingat tentang ramalan yang dibuat oleh siri animasi itu 27 tahun yang lalu tentang pencalonan Donald Trump yang akan memenangi pilihan raya di Amerika Syarikat.

Ramalan itu muncul dalam episod "Bart to the Future" yang menunjukkan masa depan kerajaan Amerika Syarikat yang dipimpin oleh Trump mengalami pelbagai masalah terutamanya kewangan.

Dalam satu episod yang disiarkan pada tahun 2000, rancangan kartun Simpson ini menunjukkan watak Lisa sebagai penyandang jawatan tersebut, mewarisi kerajaan yang mengalami masalah kewangan daripada Presiden Trump.

Foto siri kartun Simpsons yang ditayangkan pada tahun 2000 menunjukkan Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Menurut pengasas siri Simpson, Matt Groening berkata beliau menggunakan Trump sebagai watak kerana calon Parti Republikan itu memiliki nama paling kelakar. Malah, realiti tentang nama Trump adalah benar dan sekiranya beliau dipilih, kemungkinan segala yang diceritakan dalam episod tersebut akan berlaku.



Sama ada betul ke dak, tak pasti mungkin ia hanya kebetulan atau konspirasi terancang yang dilakukan oleh pihak tertentu "Hidden Conspirator". Bagi pendapat peribadi, mungkin ianya hanyalah konspirasi terancang sepertimana dalam cerita kartun itu yang selalu dikaitkan perkara sebenar akan berlaku seperti tragedi wtc 2001 dan penciptaan iPhone.

1 comment:

Powered by Blogger.