Harga Tiket dan Aktiviti Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Apa yang menarik di Bangi, Selangor? Berita baik kepada pengunjung di Malaysia khususnya yang berada di sekitar Bangi, kini anda boleh kunjungi Taman Teman Air Bangi Wonderland yang telah dibuka mulai 27 Ogos 2016. Taman tema air ini yang mengambil masa selama 2 tahun telah siap sepenuhnya yang dibina berdekatan dengan Bandar Seri Putra, Bangi.

Bangi Wonderland Themepark & Resort pastinya akan menjadi tarikan para pelancong untuk dilawati walaupun terdapat beberapa taman tema air yang lain turut ada di Malaysia seperti Lost World Tambun, . Bangi Wonderland turut menawarkan 16 jenis permainan berasaskan air yang boleh menghiburkan kanak-kanak termasuklah orang dewasa untuk bersuka ria di sini.

Harga dan Aktiviti Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Harga Tiket Masuk Bangi Wonderland Themepark & Resort


● Kanak-kanak dengan ketinggian di bawah 130 sentimeter : RM48
● Dewasa : RM58
● Kanak-kanak dengan ketinggian di bawah 90 sentimeter : Percuma
● Golongan orang kurang upaya (OKU) / warga emas 60 ke atas : Diskaun sebanyak 50%

Harga dan Aktiviti Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Waktu Operasi Bangi Wonderland


Berikut waktu operasi Bangi Wonderland Themepark & Resort:

● Jam 10 pagi hingga 6 petang pada setiap hari kecuali Selasa

Aktiviti Menarik Bangi Wonderland


Berikut terdapat 16 jenis permainan berasaskan air yang disediakan untuk pengunjung di Bangi Wonderland Themepark, antaranya adalah :

● Water Cannon
● Magic Funnel
● Boomeriang
● Wonder Loop
● Kids Adventure
● Age of Pirates

.... dan banyak lagi.

Harga dan Aktiviti Bangi Wonderland Theme Park & Resort


Harga dan Aktiviti Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Bagi yang tidak pernah melawati lagi Bangi Wonderland, dicadangkan ibu bapa bawa anak-anak anda bercuti di Taman Tema Air Bangi Wonderland lebih-lebih ketika ini cuti sekolah. So, jangan lepaskan peluang untuk anak-anak anda bermandi manda dan bermain di sini. Anda boleh tempah hotel berdekatan di Trivago Hotel.

Untuk mendapatkan keterangan dan maklumat lebih lanjut mengenai promosi atau event di Bangi Wonderland, anda boleh layari fanpage Facebook rasmi BangiWonderlandWaterpark. Semoga informasi ini menjadi panduan untuk anda melawati di sini. Nak dapat tiket penerbangan murah, boleh booking di Airpaz.

2 comments.. read them below or add one

Unni Anje Unni Anje November 26, 2016
jauhnya kat bangi, kalau dekat2 kan best
Elih Japahar Elih Japahar November 30, 2016
Time cuti sekolah ni, inilah peluang bawa anak-anak ke tempat rekriasi mcm ni