Borang Permohonan Rumah Bina Negara RISDA Secara Online

Pernah saya kongsikan sebelum ini syarat kelayakan dan kriteria permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA? Untuk pengetahuan anda, Rumah Bina Negara adalah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan rumah sendiri yang pertama.

Saya terangkan sedikit apakah yang dimaksudkan Rumah Bina Negara? Rumah Bina Negara (RBN) RISDA adalah satu tawaran permohonan kepada generasi kedua RISDA di luar bandar yang tidak mampu memiliki rumah sendiri. Di mana, harga rumah ini ditawarkan sebanyak RM45,000 daripada harga asalnya RM65,000.

Borang Permohonan Rumah Bina Negara RISDA Secara Online

Anda tahu cara nak mohon dengan memuatnaik borang permohonan Rumah Bina Negara RISDA di sini. Boleh teruskan membaca seterusnya...

Borang Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

Jika anda mempunyai kelayakan untuk membuat permohonan Rumah Bina Negara, boleh download borang permohonan di sini. Di bawah antara borang lain yang perlu di download:

👉 Borang Kebenaran Menggunakan Tanah Milik Bagi Program Rumah Bina Negara
👉 Borang Pengakuan Pendapatan Pemohon Untuk Program Rumah Bina Negara
👉 Borang Akujanji Pemohon Untuk Permohonan Program Rumah Bina Negara

Antara senarai semak yang perlu diambil perhatian sebelum menghantar borang ke pejabat RISDA:

● Borang Rumah BN1 yang telah diisi dengan lengkap
● Salinan fotostat kad pengenalan pemohon
● Salinan fotostat kad pengenalan (pasangan)
● Salinan sijil perkahwinan/ penceraian/ surat kematian suami atau isteri
● Salinan slip gaji atau surat pengesahan pendapatan
● Sijil Carian Rasmi/ Cabutan Hakmilik dari Pejabat Tanah yang terkini (salinan asal)
● Surat Akujanji Permohonan atau Surat Tidak Memiliki Rumah/ Mempunyai Rumah yang Usang telah disahkan oleh pemimpin tempatan

Atau anda diberi pilihan yang lain dengan dapatkan semua borang tersebut di mana-mana cawangan RISDA yang terdekat atau pejabat Parlimen dan DUN masing-masing di tempat anda.

Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut boleh diajukan pada:

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Bangunan RISDA, KM7, Jalan Ampang Karung Berkunci 11607, 50990 Kuala Lumpur

TEL : 03-42564022
FAX : 03-42576726
EMAIL : webmaster@risda.gov.my

Semoga informasi ini memberi panduan kepada pemohon yang berkelayakan membuat permohonan segera dengan memuatnaik borang Rumah Bina Negara RISDA ini. Gudluck!

2 comments.. read them below or add one

raihanah raihanah November 21, 2016
boleh sebarkan kepada yang memerlukan
lokman amirul lokman amirul November 21, 2016
puan bleh sebarkan kpd rakan2...