Ranking Alexa Malaysia Lokmanamirul.com bawah 10,000!

~Assalamualaikum~

Alhamdulillah buat pertama kali blog lokmanamirul.com mencapai alexa rank di Malaysia bawah 10,000. Bukan semudah itu mencapai keputusan tersebut. Semenjak kebelakangan ini, aku suka menyemak alexa rank blog aku yang saban hari meningkat, tapi hari ini pada 3 Oktober 2016 blog aku menduduki tangga 8,310. Harap-harap keputusan ini kekal sebegini di bawah angka 10 ribu.

Terima kasih kepada pelawat blog lokman dan rakan blogger yang sudi datang melawat blog yang tak seberapa ini. Saya harap masa akan datang blog ini boleh mencapai alexa rank Malaysia di bawah 500 dan global rank di bawah 100k.

Bagi korang yang ingin semak alexa rank, boleh korang layari laman web http://www.alexa.com ini. Mudah ja, korang hanya letak URL blog dan klik Go. Mudah-mudahan kita tergolong antara blogger yang terbaik di kalangan terbaik.

1 comment... add one now

PERMATABIRU PERMATABIRU Oktober 04, 2016
wahh bawah 10k ok la kan