Header Ads

Ketahui Jenis Bentuk Badan Wanita, Yang Mana Satu Anda?


Kalau dilihat menerusi gambar rajah diatas menonjolkan mengenai bentuk tubuh wanita. Walau apa pun bentuk tubuh anda, hargailah ia kerana kiat ini dilahirkan dengan cukup sifat dan sempurna dari Yang Maha Esa. Setiap wanita juga ada bentuk badan yang berbeza namun keunikkan seseorang wanita itu jangan lah dinilai dari bentuk badannya kerana setiap wanita itu mempunyai keunikkannya yang tersendiri.
Berikut merupakan antara bentuk tubuh wanita mengikut pandangan umum.
1. Epal
Bentuk badan epal ini menumpukan bahagian lemak yang terkumpul dari pinggang ke atas . Manakala bahagian punggung ke bawah lebih kecil dan tak seimbang dengan dibahagian atas.

2. Pisang
Bentuk badan wanita berbentuk pisang pula ialah menonjolkan bahagian tubuh yang lurus ke bawah. Kebiasaannya mereka yang mempunyai bentuk tubuh sebegini mempunyai ukuran bahu dan pinggul yang sama.Manakala ukuran pinggang pula sama dengan ukuran bahu dan juga pinggul.

3. Pear
Bagi wanita yang berbentuk tubuh pear, kebiasaannya ianya menonjolkan berat yang terkumpul di bahagian pinggul dan juga peha. Lemak di bahagian badan tertumpu dan tersimpan di bahagian pinggang ke bawah. Kebiasaannya juga pemilihan baju bagi wanita yang berbentuk tubuh pear ini cenderung memilih baju yang kecil dan seluar pula dengan size yang lebih besar oleh kerana memiliki punggung, peha dan pinggul yang besar.
4. Jam Pasir (Hourglass)
Untuk mereka yang memilik bentuk badan sebegini sememangnya anda merupakan antara orang yang paling beruntung sekali. Ukuran badan adalah seimbang iaitu antara bahu dan pinggul. Ukuran bahu juga hampir sama dengan ukuran pinggul manakala ukuran pinggang nampak ketara lebih kecil dan mempunyai 'curve'.

2 comments:

  1. yang macam jam pasir tu saya suka.. ehehe

    ReplyDelete
  2. Ciptaan Allah semuanya cantik. Hanya manusia je yg pandai2 suka ubah sbb tak puas hati dgn apa yg Allah dah beri.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.