2 Cara Tingkatkan SEO Blog & Traffic Visitors Untuk Fix Problems!

~Assalamualaikum...

Pernah kita tertanya-tanya, mengapa blog kita ni masih tiada ramai pengunjung dan sukar berada dalam posisi top dalam search engine di Google.

Sedangkan kita ni tiap hari update artikel-artikel terbaru dan ada juga yang sudah bertahun-tahun lama blogging. Namun, ranking masih belum memuaskan...


Saya pun dulu mengalami situasi yang sukar sebegini. Tapi selepas saya buat research dan dalami ilmu blogging tentang masalah tingkatkan trafik blog. Tenyata banyak corrupted konten pasal blog saya ni terutamanya masalah tajuk post kurang mendapat perhatian, tiada meta tags, paling penting adalah loading blog terlalu lembap dan sebagainya...

Boleh dikatakan dahulu blog ini sunyi sepi, namun sekarang syukur alhamdulillah semakin ramai pengunjung dan setia pembaca yang minat singgah di blog ni pasal tajuk post ni kebanyakkannya berada dalam top search engine Google (SERP).

SEO adalah singkatan daripada perkataan Search Engine Optimization. Jika kita mahir dalam teknik SEO ni, tidak mustahil blog kita mendapat perhatian di hati pengunjung. Sebenarnya saya pun masih dalami ilmu SEO ni, masih dalam proses belajar dan tambahbaikan dari semasa ke semasa.

Jika anda berminat untuk menaik taraf blog anda ke tahap selesa, saya syorkan dan sarankan anda submit blog anda ke laman web yang saya akan kongsikan ini www.draco88.com dan www.woorank.com.



Nak tahu apa saya kongsikan ini? Persamaan antara kedua-dua website SEO review tersebut adalah untuk mengesan banyak masalah atau fix problems dalam blog anda. Malah, anda juga boleh terus resolve problems dengan kaedah terbaik yang disarankan oleh kedua-dua laman web SEO review ini.

Jika kita rajin buat test review pada blog kita dalam sebulan sekali, berkemungkinan besar dapat menarik hati dan pembaca iklan. Apabila pengiklan berminat dengan blog kita dan mahu sewa tapak iklan, maka lah dapat hasil duit poket kita.

Itu saja perkongsian saya tentang tips SEO blog ni, ishaAllah kalau ada masa nanti saya kongsikan lagi ilmu SEO.
Selamat berkunjung...

0 comment... add one now