Pageviews blog cecah 14k hanya sehari meletop!

Alhamdulillah...pagi ni bukak blog sambil gosok mata kejap. Mana tidaknya tiba-tiba ja pageviews blog mencanak ke angka 10k+ dalam masa dua hari berturut-turut. Secara kebiasaannya, blog lokmanamirul.com hanya angka 4k+ seharian, tapi kali ni naik angka sampai 14k+ sehari ja. Amat mengejutkan!!!!

Pageviews tertinggi 14,728k sehari (14 Sep 2016)

Pelik jugak entri apa yang dicari pengunjung, bukan ada apa2 viral atau pun isu pada hari Rabu semalam (14 September 2016). Aku cuba siasat...haha!!! Aku bukak histats.com nak semak apa puncanya, resultnya positif!

Rupa-rupanya entri berkaitan Gadis Cantik Rusia Angelina Nikolau . Nak tahu apa yang menarik entri ni sehingga naik sampai 6k sehari. Baca artikel tu. Aku pun hairan entri ni dah antaq 2 minggu lepas....tapi tiba2 ja naik mendadak!

Entri Angelina Nikolau 

Ni jawapannya, sorang warga Rusia kongsi aku punya entri ni kat forum di www.yaplakal.com. Sebenarnya, laman web Yaplakal adalah website dari Rusia. Aku dah research... ni buktinya lihat aku punya link entri Angelina Nikolau di kongsi.

Entri dikongsi kat forum www.yaplakal.com 

Bukti pelawat dari Russia 

Statistik entri ni paling popular post 

Benarlah kata2 blogger yang lebih berpengalaman daripada aku, salah satu cara nak tingkatkan pageviews blog dengan cepat adalah kongsi entri berkaitan di forum. Buktinya di dalam entri ni! Bagi aku entri jenis macam nih hanya sekejap naik lepas tu akan DIAM.

Secara jujurnya, aku dah cukup bangga dan teruja dapat pageviews paling tinggi dalam sehari sekali nih. Mana tidaknya, aku ni bukanlah blogger2 yang dapat pageviews puluhan ribu sehari, aku hanya blogger yang baru berjinak-jinak nak jadi success seperti mereka. Harap2 pencapaian ni terus kekal...hehe!!! Ingat perkongsian di forum salah satu cara tingkatkan PV anda. Selamat berjuang rakan2 bloggerr...

2 comments.. read them below or add one

Sentiasa Panas Sentiasa Panas September 15, 2016
Memang terbaik. Teruskan dengan cara sekarang dan semoga berjaya dengan cemerlang..:)
Maman Reen Maman Reen September 16, 2016
Bestnya dapat 14k.. Pageview Reen sehari pssttt 300 je. Sedih.. Kena usaha lagi ni!