Header Ads

Tips dan tutorial tonton Netflix

Tips dan tutorial tonton Netflix . Kita tahu tak lama lagi implementasi Netflix terhadap sekatan geolokasi akan berlaku. Itu adalah ketetapan yang tidak dapat dielakkan lagi. Tetapi sementara itu belum berlaku, jom kita lihat apakah perkara menarik yang boleh dilakukan jika anda ada akaun Netflix.

Seringkali apabila ada akaun penstriman video seperti ini, kita buntu, tak tahu hendak menonton apa, atau mungkin sekali pilihan yang ada terlalu banyak, kita jadi keliru. Untuk itu saya menggunakan laman web What's On Netflix untuk mengetahui senarai filem atau drama-drama bersiri yang baru keluar pada bulan tersebut.


Tips dan tutorial tonton Netflix 


What's On Netflix

Tips dan tutorial tonton Netflix

Kemudian, apabila sudah ada idea untuk menonton, agak malang apabila filem tersebut tidak dapat ditonton dek kerana senarai katalog yang tidak sama untuk negara yang berbeza. Apabila saya telah mempunyai hasrat untuk menonton sesuatu, saya akan cuba cari maklumat mengenainya di laman web FlixSearch.

FlixSearch

Tips dan tutorial tonton Netflix


Sebagai contoh, saya ingin menonton filem The Raid, maka carian dilakukan di FlixSearch. Laman ini akan memaparkan kesemua maklumat terperinci mengenai filem tersebut, dan paling penting sekali negara apakah yang ada dalam katalog.

Selepas mengetahui negaranya, saya menggunakan VyprVPN untuk mengubah alamat IP kepada negara tersebut. Apabila telah berjaya, saya klik pada perkataan 'NETFLIX' dan wal-lah! Filem The Raid sudah boleh ditonton dengan jayanya!


Begitulah serba-sedikit tips yang dapat saya kongsikan pada hari ini. Amat menyeronokkan sebenarnya kalau kita dapat menonton apa sahaja yang kita mahu jika kita tahu caranya.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini, hujung minggu akan menjadi bermakna buat anda. Jangan lupa kongsikan tips dan tutorial ini kepada orang lain dan sama-sama kita berkongsi manfaatnya.

No comments

Powered by Blogger.