Diploma politeknik bagus ke atau tak?

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak sentuh sikit bab pelajaran....Lebih-lebih lagi kan student baru yang bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian. Tujuan aku tulis pun sebab, aku masih student dalam bidang diploma civil engineering di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Kadang2 aku terkilan jugak segelintir pandangan orang katakan "ala politeknik ja pun" ...lebeh tepat dimaksudkan student yg tak dapat universiti. Kelas kedua!!! Perlu ingat student poli bukan kelas kedua, tapi kurang bernasib baik...


Di atas tu gambaq tempat aku timba ilmu...Apa yang aku ingin jelaskan sebenarnya ni bagi pendapat aku bukan sebab aku belajar kat poli aku bela institusi itu. Aku cuma nak beri details penerangan kenapa korang patut ambil diploma di poli walaupun korang kecewa tak dapat U...aku pun sama masa dulu...tengok2 result UPU...dapat poli ja. Mungkin bukan rezeki aku...tapi perlu diingtkan bukan aku tak cerdik tapi kurang bernasib baik.

Apa kelebihan diploma politeknik???

1. First, kalau korang ambil diploma politeknik, ia menerapkan pembelajaran 50% teori dan 50% praktikal. Kira seimbang!!! Berbanding universiti 80% teori dan 20% praktikal...kalau tak silap aku..klu salah tegurkan. Ni persoalan aku, sanggup ka korang belajaq teori ja??? Best ka duk terperap dalam bilik kelas ja...???Aku percaya konfem korang tidur.

2. Bab nak score exam mungkin poli lebih mudah berbanding universiti. Sebab apa??? 50% final exam dan 50% lagi untuk Penilaian Berterusan (PB), contoh seperti kuiz, assignment, presentation, project n so on. Maksudnya...kalau korang struggle kat PB ja pun dah pasti lulus korang punya subjek. Mudah kan....!!! Tapi jangan pulak duk harap PB, kang final exam ke laut ...

3. Untuk diploma poli sama ja kan dengan U, 3 tahun (6 semester). Contoh kalau korang ambil subjek untuk sem 1, sem akan datang korang tak akan jumpa dah subjek yang sama...berbeza dengan STPM korang kena fokus subjek yang sma sehingga kumpul ke sem last...huhhh...jenuh kena ingat!!! Patut STPM dianggap susah....so, balik2 korang mesti pilih diploma poli atau U...

3. Poli satu-satunya ada ujian praktikal...tak macam U tak dak. So, dengan ada ujian praktikal di tempat bekerja selama 5 bulan lebih, korang akan dapat sedikit sebanyak timba pengalaman. So, korang tak la kekot sangat pasal nak bekerja...lagipun kalau lah korang ni luck boleh serap terus bekerja di tempat bekerja yang kita pilih.

4. Mesti korang tertanya-tanya soalan cepumas ni, susah tak sambung degree klu guna diploma poli??? Ni aku jelaskan....ikut jugak pointer korang, kalau yang pointer 3.00 ke atas peluang mungkin sangat tinggi berbanding yang hanya lingkungan 2.00. Ni apa pemerhatian aku, ramai ja student poli dapat U...klu nak masuk UTHM, UMP atau UiTM sangat mudah kalau pointer tinggi..klu luck korang boleh dapat UTM. Tapi susah sikit!!!

Aku harap korang paham apa yang aku jelaskan panjang lebar ini. Bukan student diploma poli tak bagus, tapi kurang nak menonjol sebab apa??? Risau kena kutuk rakan U... korang jangan risau la sama ja diploma jugak...cuma title institusi ja berbeza....mak aku pun kecewa dengaq anak nya tak dapat U, tapi nak wat camna tuah kita mungkin di sini. Kawan aku dapat 7A pun tak dapat U, so kesimpulan nya purata nak dapat U ni makin tipis, klu yang dapat poli, jangan pulak tolak, follow la kawan masuk form 6....tuk2 tak leh bawa...drop form 6 ...kena la pulak masuk diploma poli....kan dah lambat...klu yang masuk nak tnggu result U...tak pa lah ambil pengalaman belajaq...lebeh penting bagi aku, korang fokus nak belajaq, tu skop utama yang perlu korang fikirkan....gudluck yang baru nak masuk pengajian. Keep up don give up!!!

0 comment... add one now