Header Ads

Resepi Air Soda Herbs Yang Menyegarkan

Resepi Air Soda Herbs Yang Menyegarkan |Ramai yang cakap air soda herbs ni sedap tak terhingga. Kena pula minum time cuaca panas atau ketika musim kemarau, memang kita rasa bersemangat lain macam lah kan. Jangan pula anda minum air ni hari-hari, tak elok minum air manis banyak-banyak sebab ia akan memudaratkan kesihatan anda. Boleh dapat kencing manis tau! Nak minum boleh, tapi control ok. Tahu nak buat air soda herbs? Okay disini saya akan kongsikan resepi air soda herbs yang menyegarkan buat anda semua.

Resepi Air Soda Herbs Yang Menyegarkan

Resepi Air Soda Herbs Yang Menyegarkan 


i) Bahan bahan yang diperlukan: 

● 1 botol besar air aiskrim soda.
● 1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
● 2 batang serai ~ dititik.
● daun pudina ~ terpulang berapa helai.
● 1 biji lemon ~ dihiris nipis.
● 5 biji asam boi putih.
● ketulan ais secukupnya.

ii) Cara caranya:

-Cuci semua bahan hingga bersih.
-Hiriskan lemon nipis nipis.
-Sediakan bekas yang bersesuaian.
-Letakkan daun pudina secukupnya.
-Masukkan lemon yang telah dihiris.
-Diikuti asam boi putih.
-Masukkan buah laici / longan.
-Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
-Letakkan ketulan ais jika suka.
-Akhir sekali masukkan serai yg telah dititik.

Ok, dah siap dah. Sekarang anda dah boleh minum! Selamat mencuba resepi air soda herbs ni untuk sekeluarga anda. Jangan lupa share ya!

Sumber: Facebook Rizal Hakimm.

No comments

Powered by Blogger.