Header Ads

JDT Ranking ke 152 Kelab Terbaik Dunia

FC Barcelona muncul sebagai pasukan terbaik di dunia manakala 2 kelab dari liga Itali mengungguli tempat kedua dan ketiga terbaik dalam ranking pasukan terbaik dunia 2015 yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History and statistics (IFFHS).

Sejak tahun 1991 lagi, IFFHS sudah menyediakan ranking kelab bola sepak terbaik di dunia. AS Roma adalah pemenang pertama anugerah ini pada 1991. Tetapi apa yang saya ingin katakan dalam artikel ini adalah mengenai ranking kelab JDT yang menduduki tempat 152 di dunia tahun 2015.

Pencapaian tersebut berikutan kejayaan JDT menjuarai kejuaraan Piala AFC 2015 dan ianya satu lagi lakaran sejarah apabila sebuah pasukan yang langsung tidak senarai dalam 500 kelab terbaik pada tahun 2014, tiba-tiba muncul di tangga tersebut yang dashyatnya lebih tinggi berbanding AC Milan dan Southampton. Ini bermakna JDT adalah pasukan ke-11 terbaik di Asia pada tahun 2015 dan berada di belakang Buriram United .

Anda mesti tertanya-tanya bagaimana ranking ini dikira? Mata setiap pasukan dikira berdasarkan jumlah kemenangan dan seri dalam liga dan kejohanan benua/antarabangsa yang disertai. Setiap kejohanan dan liga menyumbang mata yang berlainan bergantung kepada tahap kesukaran. Sebagai contohnya, satu kemenangan dalam UEFA Champions League membawa 14 mata manakala AFC Cup hanya membawa 7 mata.

Ranking kelab dunia untuk tahun 2015 oleh IFFHS (1 Januari 2015 - 31 Disember 2015):
KELABNEGARAJUMLAH MATA
1FC BarcelonaSepanyol379
2JuventusItali286
3NapoliItali268
4Bayern MunichJerman263
5Paris Saint-GermainPerancis257
6Real MadridSepanyol241
7Independiente Santa FeColombia240
8FiorentinaItali236
9River PlateArgentina234.5
10VfL WolfsburgJerman232
11Borussia DortmundJerman228
12Sevilla FCSepanyol226
13Boca JuniorsArgentina220
14ArsenalEngland216
23Atletico MadridSepanyol206
40Manchester UnitedEngland174
41Ajax AmsterdamBelanda173.5
42LiverpoolEngland172
48Al AhliUAE166
49ChelseaEngland165
56Manchester CityEngland160
137Buriram UnitedThailand110.5
152Johor Darul TakzimMalaysia105.5
153SouthamptonEngland104
153AC MilanItali104

Sumber : IFFHS


No comments

Powered by Blogger.