Header Ads

Senarai Aset Ketenteraan Tentera Udara Malaysia (TUDM) 2019

Aset Ketenteraan Tentera Udara Malaysia (TUDM). Pemodenan yang berlaku kepada aset ketenteraan khususnya untuk tentera udara Malaysia (TUDM) saban hari ada saja pembaharuan. Bermula dengan jet pejuang Northrop F-5E Tiger sekitar tahun 70 an hingga 90 an dioperasi oleh TUDM dan selepas itu awal tahun 90 an digantikan pula dengan BAE Hawk.

Diikuti pula, dengan pesawat tempur MiG-29 pada tahun 1995 dan dihantar lagi dengan pesawat F/A 18D Hornet pada tahun 1997 kerana mempunyai kemampuan pada semua keadaan cuaca. Pada tahun 2007, sebanyak 18 buah Sukhoi Su-30 telah dihantar untuk berkhidmat dalam operasi TUDM kerana dilengkapi sepenuhnya sebagai pesawat tempur multirole.

Pada 8 Disember 2005, sebanyak 4 buah pesawat pengangkutan Airbus A400M telah dibuat pesanan dan telah pertama kali masuk perkhidmatan pada awal tahun 2015 hanya sebuah sahaja dan 3 buah lagi  diramal bakal dihantar pada tahun 2016. Pesawat ini telah menjadi kebanggaan untuk rakyat Malaysia kerana satu-satunya negara bukan Eropah yang memilikinya. Pada lewat tahun 2006, kerajaan menandatangani kontrak untuk membeli 8 buah pesawat Aermacchi MB-339CM untuk menggantikan pesawat jenis ini versi lama.

Tahun 2012, Eurocopter EC725 telah dimasukkan dalam perkhidmatan untuk menggantikan helikopter lama iaitu Sikorsky S-61 kerana terlalu lama helikopter ini berada dalam operasi TUDM hampir selama 4 dekad dan juga banyak kemalangan telah berlaku. Angkatan udara Malaysia mengumumkan di mana pesawat MiG-29 dan F-5 bakal dihentikan perkhidmatan pada lewat tahun 2015.

Masih dalam perancangan untuk mengantikan pesawat tersebut dengan 4 jenis pesawat telah disenaraikan seperti Eurofighter Typhoon, Dassault Raffale, Saab JAS 39 Gripen dan F/A 18E/F Super Hornet. Dianggarkan bajet sebanyak RM6 bilion hingga ke RM8 bilion untuk pembelian pesawat tersebut.

Senarai Aset Ketenteraan Tentera Udara Malaysia (TUDM) 2017


Di sini antara senarai aset pesawat tentera udara Malaysia yang dimiliki masa kini :


★Combat Aircraft 

1. Sukhoi Su-30 MKM 
- Asal : Russia
- In Service : 18 buah
- Jenis : multirole 
- Tujuan : sebagai pesawat pejuang utama bagi TUDM masa kini untuk penguasaan udara

2. Mikoyan MiG-29 

- Asal : Russia
- In Service : 10 buah
- Jenis : multirole
- info : dikatakan bakal digantikan dengan pesawat yang lebih canggih dan baru 

3. F/A-18D Hornet 

- Asal : Amerika Syarikat
- In Service : 8 buah
- Jenis : multirole
- Tujuan : mempunyai keupayaan tempur untuk berkhidmat pada waktu malam 

4. BAE Hawk 208

- Asal : United Kingdom
- In Service : 13 buah
- Jenis : light multirole attack 

5. Northrop F-5E Tiger II

- Asal : Amerika Syarikat
- In Service : 16 buah 
- Jenis : light fighter 

6. Northrop RF-5E Tigereye 
- Asal : Amerika Syarikat 
- In Service : 2 buah
- Jenis : reconnaissance 

★Aircraft Carrier 

1. Airbus A400M Atlas 

- Asal : Perancis / Sepanyol 
- In Service : 4 buah ( 1 service) / ( 3 in order )
- Jenis : military transport 

2. Lockheed C-130 Hercules 

- Asal : Amerika Syarikat 
- In Service : 15 buah 
- Jenis : military transport / maritime patrol aircraft 

3. Cessna 402B 
- Asal : Amerika Syarikat 
- In Service : 10 buah 
- Jenis : military transport 

4. CASA CN-235
- Asal : Sepanyol 
- In Service : 8 buah 
- Jenis : military transport / maritime patrol aircraft 

5. Beechcraft Super King Air 
- Asal : Amerika Syarikat 
- In Service : 4 buah 
- Jenis : maritime patrol aircraft 
- Tujuan : mengawal dan menjaga di lautan daripada pencerobohan musuh 

6. KC-130
- Asal : Amerika Syarikat 
- In Service : 4 buah 
- Jenis : aerial refueling 
- Tujuan : untuk mengisi minyak pesawat 

★Helicopter 

1. Eurocopter EC 725
- Asal : Perancis 
- In Service : 12 buah 
- Jenis : CSAR / tactical transport military 
- Tujuan : dipilih untuk menggantikan pesawat Nuri 

2. Alouette II 
- Asal : Perancis 
- In Service : 15 buah 
- Jenis : light utility 
- Tujuan : untuk latihan penerbangan 

3. Sikorsky S-70 Black Hawk 
- Asal : Amerika Syarikat 
- In Service : 6 buah ( 2 service / 4 diderma)
- Jenis : utility helicopter / VIP transport 

4. Sikorsky S-61 
- Asal : Amerika Syarikat 
- In Service : 26 buah 
- Jenis : utility helicopter / SAR 

★Trainer Aircraft 

1. Aermacchi MB-339CM 
- Asal : Itali 
- In Service : 8 buah ( pesanan baru)
- Jenis : lead-in fighter / trainer aircraft 
- Tujuan : untuk menggantikan pesawat latihan MB-339AM TUDM yang musnah akibat kemalangan

2. Pilatus PC-7
- Asal : Switzerland 
- In Service : 30 buah 
- Jenis : training aircraft 
- Tujuan : ditempatkan berkhidmat untuk latihan juruterbang 

3. Pilatus PC-7 MkII 
- Asal : Switzerland 
- In Service : 17 buah 
- Jenis : training aircraft 
- Tujuan : sebagai gantian pesawat yang musnah akibat terhempas atau kemalangan 

4. MD3-160 Aerotiga 
- Asal : Switzerland 
- In Service : 20 buah 
- Jenis : training aircraft 
- Tujuan : untuk latihan penerbangan 

★UAV 

1. ScanEagle 
- Asal : Amerika Syarikat 
- In Service : 2 buah 
- Jenis : surveillance 

2. CTRM Eagle ARV 
- Asal : Australia 
- In Service : 1 buah 
- Jenis : surveillance 

Sumber : Military Malaysia

No comments

Powered by Blogger.