Header Ads

10 Filem Paling Terbaik Tahun 2017

10 Filem Paling Terbaik Tahun 2017 | Apakah filem terbaik dunia 2017? Adakah filem genre seram atau romantis? Filem pilihan saya ni mungkin ada yang lebih baik apa yang saya jangkakan tapi saya menilai kesemuanya filem ini dari segi plot cerita, aksi dan lakonan pelakon dan juga berdasarkan dari kritikan oleh orang ramai. Disini saya kongsikan filem terbaik sepanjang tahun 2017.

10 Filem Paling Terbaik Tahun 2017


Berikut dikongsikan adalah 10 filem terbaik dunia tahun 2017 :

1. Jurassic World 



Jurassic World merupakan filem terbaik 2015 dan mungkin salah satu filem terbaik sepanjang zaman di mana mendapat kutipan tertinggi hanya di belakang filem avatar dan titanic. Filem ini mendapat kritikan yang positif dan pujian kerana plot perjalanan cerita dan visual yang menarik berbanding 3 edisi yang dulu. Cerita ini menceritakan mengenai 22 tahun selepas Jurassic Park asal gagal, taman baru (dikenali sebagai Jurassic World) telah dibuka untuk perniagaan. Setelah bertahun - tahun mengkaji genetik, ahli - ahli sains di taman itu berjaya menghasilkan generasi baru dinasour. Apa kesudahannya? Lihatlah sendiri filem ini... dengar khabar sequel 2 bakal muncul tahun 2018.

2. Avengers : Age of Ultron



Filem ini yang berdasarkan komik Marvel adalah sequel kedua dari The Avengers tahun 2012. Sudah tentu filem ini mendapat tarikan dari orang ramai kerana banyak watak yang dipaparkan dalam filem ini contoh nya seperti Iron Man, Thor, Hulk, Captain America dan banyak lagi . Cerita ini mengisahkan tentang superhero avengers kali ni bersatu untuk melawan musuh baru mereka iaitu ultron. Menarikkan filem ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem ini.

3. Inside Out



Inside Out merupakan filem animasi baru yang mendapat kutipan yang banyak. Kisah ini mengenai Riley menjalani kehidupan yang agak baik dengan kasih sayang terhadap ibu bapanya, menyertai dalam hoki dan cintakan Minnesota, negeri rumahnya dengan bantuan emosi beliau ; gembira, takut, sedih, jijik dan marah. Tetapi, apabila dia bergerak ke San Francisco, gembira dan sedih hilang, yang melambangkan kesukaran beliau menerima kehidupan barunya.

4. Fast and the Furious 7



Furious 7 merupakan edisi ke 7 dalam francais Fast and the Furious di mana Furious 7 diikuti oleh Dominic Toretto, Brian O'Conner dan seluruh pasukan mereka yang telah kembali ke Amerika Syarikat untuk menjalani kehidupan normal setelah mendapat pengampunan dari jenayah mereka yang lalu dalam Fast & Furious 6 sehingga Deckard Shaw(Statham), penyangak pasukan khas pembunuh yang mahu membalas dendam saudara koma mudanya, meletakkan mereka dalam keadaan bahaya sekali. Filem ini adalah yang terbaik sepanjang kesemuanya di mana mendapat kutipan yang tinggi lebih 1 bilion US dolar.

5. Mad Max: Fury Road



Mad Max : Fury Road merupakan filem genre action di mana filem ini adalah 4 edisi dalam Francais Mad Max. Filem ini disetkan di dalam sebuah gurun padang pasir masa depan di mana petrol dan air adalah komoditi yang terhad. Ia mengikuti Max Rockatansky( Tom Hardy) yang menyertai pasukan dengan Imperator Furiosa melarikan diri dari pemimpin kultus Immortan Joe dan tenteranya dalam lori tangki perisai yang membawa ke pada pertempuran jalan yang panjang. Ia menerima pujian besar dari pengkritik, mereka memuji kepada para pelakon,arahan dan lakon layar, jalan cerita dan aksi yang menarik.

6. Star Wars : The Force Awakens (Episode VII)



Walaupun filem ni masih belum ditayangkan ke pawagam pada bulan Disember, tapi saya ramalkan filem ni mungkin akan mendapat pujian kerana edisi - edisinya yang sebelum ni kesemuanya menarik dari segi jalan perceritaannya. Rata - rata ramai dah tahu watak yang dipamerkan dalam filem ini, di mana saya jangkakan filem ini akan mendapat kutipan yang tinggi. Ia merupakan edisi yang ke 7 dalam siri Star Wars dengan cerita disetkan sekitar 30 tahun selepas kejadian dari Return of the Jedi tahun 1983.

7. Mission: Impossible - Rogue Nation



Mission: Impossible - Rogue Nation adalah filem action yang terbaru dari pada 4 edisi yang lalu dalam siri Mission Impossible. Dalam filem itu, ejen IMF Ethan Hunt (Tom Cruise) adalah dijalankan dari CIA, berikutan pembubaran IMF kerana dia cuba untuk membuktikan kewujudan sindiket, jenayah konsortium antarabangsa. Dijangka edisi yang ke 6 akan terus dihasilkan dan bakal ditayangkan jangkaan tahun 2017.

8. Spectre



Spectre adalah 24 filem James Bond di mana dikatakan filem ini salah satu bajet yang tinggi pernah dihasilkan. Spectre umumnya menerima ulasan bercampur dari pengkritik berbanding dengan sebelumnya, dikritik untuk panjang dan menulis tetapi mendapat pujian kerana lakonan pelakon, arah dan skor. Mesej samar dari masa lalu Bond menghantar dia di laluan untuk mendedahkan sebuah pertubuhan jahat. Tak teragak - agak lagi filem ini layak berada sebaris sebagai filem terbaik tahun 2015.

9. The Martian



The Martian adalah filem sains fiksyen yang seakan - akan macam filem planet to the mars berdasarkan dalam novel The Martian yang ditulis oleh Andy Weir tahun 2011. Filem ini mengisahkan apabila angkasawan letupan berlepas dari planet marikh, mereka tinggalkan Mark Watney (Matt Damon), dianggap mati akibat ribut angin yang kuat. Dengan hanya sejumlah yang tidak seberapa bekalan, pengunjung terkandas mesti menggunakan kecerdasan dan semangatnya untuk mencari jalan untuk terus hidup di dunia yang bermusuhan. Kesudahannya ???...

10. Ant-Man



Ant-Man merupakan filem superhero berdasarkan dalam Komik Marvel dimana diwatakkan dengan pelakon yang sama. Filem aksi sains fiksyen ini menceritakan tentang seorang ilmuwan bernama Hank Pym (Michael Douglas) yang menciptakan sebuah serum yang dapat membuat tubuh pengguna serumnya mengecil seperti semut. Scoot Lang seorang pencuri harus membantu Hank sebagai gurunya.

Terima kasih membaca artikel 10 Filem Paling Terbaik Tahun 2017.

No comments

Powered by Blogger.