Header Ads

Netherlands All-Time Best Team

NETHERLANDS

Shirt badge/Association crest

FORMASI:
GELARAN PASUKAN: ORANJE

1.EDWIN VAN DER SAR-GOALKEEPER(1995-2008)



Edwin Van Der Sar merupakan seorang pemain bola sepak profesional Belanda dalam posisi penjaga gol yang sudah bersara.Beliau juga merupakan bekas pemain untuk pasukan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris.Beliau merupakan pemegang cap terbanyak iaitu 130 bagi pasukan bola sepak kebangsaan Belanda.Beliau memulakan kariernya dengan menyertai pasukan Ajax dan merupakan pemain generasi emas dalam pasukan kelab itu.Selepas sembilan musim bersama Ajax,beliau telah berpindah ke Juventus dan selepas itu pergi ke Fulham.Akhir sekali,beliau menamatkan kariernya sebagai penjaga gol dalam pasukan Manchester United sebanyak enam musim bersama dengan kelab itu.Van Der Sar juga salah seorang daripada beberapa pemain yang pernah memenangi kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dengan dua pasukan berbeza,iaitu dengan Ajax pada 1995 dan Manchester United pada 2008.Beliau juga pernah dikatakan oleh para kritik sukan dan pemain masih bermain sebagai salah satu penjaga gol terbaik sepanjang masa.

2.WIM SUURBIER-RIGHT BACK(1966-1978)



Wim Suurbier adalah bekas pemain bola sepak Belanda yang beraksi sebagai bek kanan.Beliau bermain dengan pasukan Belanda dan Ajax pada tahun 1970-an.Beliau bermain sebanyak 60 perlawanan dan menjaringkan tiga gol untuk pasukan kebangsaan Belanda daripada tahun 1966 hingga 1978.Beliau juga pernah bermain untuk Piala Dunia 1974 dan 1978 dengan pasukan kebangsaannya.Di peringkat kelab,beliau memulakan kariernya bersama dengan pasukan Ajax daripada tahun 1964 hingga 1977.Biasanya,beliau bermain sebagai bek kanan dan beliau terkenal kerana kelajuannya dan stamina.Pada tahun 1977,beliau berpindah ke pasukan Schalke 04 untuk satu musim.

3.RONALD KOEMAN-CENTRAL DEFENDER(1982-1994)



Ronald Koeman merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda dan kini masih menjadi manager dalam pasukan kelab Feyenoord.Beliau dianggap salah satu pertahanan tengah terbaik sepanjang masa kerana kemampuannya untuk passing jarak jauh yang tepat,keistimewaan sepakan percuma yang kuat,keupayaan deadball dan merupakan pemain pertahanan yang menjaringkan gol terbanyak di dunia dengan jaringan sebanyak 193 gol daripada 533 perlawanan dalam liga.Beliau berjaya mengatasi bekas pemain lagenda Argentina iaitu Daniel Passarella yang hanya menjaringkan gol sebanyak 182 daripada 556 perlawanan yang disertainya.Di peringkat international,Koeman merupakan salah satu pemain bintang dalam pasukan kebangsaan Belanda bersama dengan rakannya yang lain iaitu Marco Van Basten,Ruud Gullit,Frank Rijkaard dan Dennis Bergkamp.Beliau juga pernah memenangi Euro 1988 dengan psukan kebangsaannya dan juga pernah bermain ketika Piala Dunia 1994.Beliau berjaya menjaringkan gol sebanyak 14 daripada 78 perlawanan bersama dengan pasukan kebangsaan Belanda.Di peringkat kelab,Koeman juga pernah menyertai beberapa kelab antaranya iaitu Groningen,Ajax,PSV,Barcelona dan akhirnya Feyenoord.Sepanjang karier beliau ketika menjadi pengurus,dia telah memegang beberapa buah kelab iaitu Vitesse,Ajax,Benfica,PSV,Valencia dan AZ Alkmaar.

4.FRANK DE BOER - CENTRAL DEFENDER/SWEEPER(1990-2004)



Frank de Boer adalah seorang bekas pemain bola sepak Belanda dan kini masih menjadi manager dalam pasukan Ajax.Beliau banyak menghabiskan kariernya sebagai seorang pemain profesional bersama dengan pasukan Ajax,di mana beliau memenangi lima kali title Eredivisie,dua kali Piala KNVB,sekali Piala UEFA dan sekali UEFA Champion League.Kemudian,beliau bermain dengan pasukan Barcelona selama lima musim,di mana pasukannya memenangi liga musim 1998-99,sebelum bersara beliau juga bermain bersama dengan pasukan Galatasaray,Rangers,Al Rayyan dan Al-Shamal.Di peringkat international,beliau bermain sebanyak 112 caps bersama dengan pasukan kebangsaan Belanda,di mana beliau pernah menjadi kapten semasa pasukan Belanda layak ke semi-final pada Piala Dunia 1998 dan juga UEFA Euro 2000.Beliau juga mempunyai seorang kembar yang bernama Ronald de Boer yang bertindak sebagai seorang penyerang.

5.RUUD KROL - LEFT BACK(1969-1983)



Ruud Krol merupakan seorang pemain bola sepak Belanda yang sudah bersara.Beliau dikatakan salah satu pemain pertahanan yang terbaik pada generasi beliau,di mana Krol beraksi sebagai pertahanan sayap kiri dan sweeper.Sebanyak 83 caps yang pernah disertainya dalam perlawanan antarabangsa bersama dengan pasukan kebangsaan Belanda.Beliau dianggap pemain pertahanan yang versatile,di mana beliau boleh bertindak pelbagai posisi sepanjang back-four atau midfielder.Di peringkat kelab,beliau banyak menghabiskan kariernya bersama dengan pasukan Ajax hampir sebanyak 339 games.Selepas itu,beliau berpindah ke North American Soccer League untuk bermain dengan pasukan Vancouver Whitecaps untuk satu musim.Kemudian,beliau menyarung jersi kelab Itali iaitu Napoli di mana beliau bermain empat musim bersama dengan kelab itu.Sebelum beliau bersara dalam arena bola sepak pada tahun 1986,beliau bermain untuk pasukan AS Cannes dalam Ligue 2.Pada Januari 2014,beliau dilantik menjadi Head Coach of Tunisian dalam kelab Esperance.

6.FRANK RIJKAARD-DEFENSIVE MIDFIELDER(1981-1994)



Frank Rijkaard merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda yang sudah bersara.Beliau pernah dikatakan sebagai salah satu pemain defensive midfielder terbaik dalam sejarah bola sepak dan salah satu pemain terbaik pada generasi beliau.Tetapi dalam pasukan Ajax,Rijkaard lebih kerap beraksi sebagai bek tengah sebanyak tiga musim dan kemudian beraksi sebagai central midfielder.Sepanjang kariernya bersama dengan pasukan kelab,Rijkaard pernah bermain dengan pasukan kelab Ajax,Real Zaragoza dan AC Milan.Pelbagai kejuaraan yang pernah dikecapi oleh beliau dalam ketiga-tiga pasukan kelab itu.Dalam pasukan kebangsaan Belanda,beliau juga pernah bermain sebanyak 73 caps dengan 10 jaringan gol.Sepanjang kariernya sebagai jurulatih,beliau juga pernah membimbing pasukan kebangsaan Belanda,Sparta Rotterdam,Barcelona,Galatasaray dan Arab Saudi.

7.JOHAN NEESKENS-DEFENSIVE MIDFIELDER(1970-1981)



Johan Neeskens adalah bekas pemain bola sepak Belanda yang bertindak sebagai central midfielder.Beliau dianggap pemain Belanda yang penting di mana pasukan kebangsaannya mendapat tempat kedua untuk Piala Dunia 1974 dan 1978.Beliau juga dikatakan salah satu pemain tengah terbaik dalam pasukan Belanda.Beliau bermain sebanyak 49 caps dan juga berjaya mencetak 17 gol sepanjang kariernya bersama dengan pasukan Belanda.Di peringkat kelab,beliau memulakan kariernya bersama dengan pasukan RCH dan berpindah ke pasukan Ajax pada tahun 1970.Pada tahun 1974,beliau menandatangi kontrak dengan pasukan Barcelona dan juga bermain dengan rakan senegaranya iaitu Johan Cruyff dan Michels.Beliau juga diberi jolokan gelaran iaitu Johan Segon(Johan the Second).Pada tahun 1979,beliau mendapat offer daripada pasukan New York Cosmos dan dia bersetuju untuk bermain dengan pasukan kelab itu.Sebelum dia bergantung boot pada tahun 1991,beliau menyertai kelab FC Zug di Swizerland untuk satu musim.

8.RUUD GULLIT-ATTACKING MIDFIELDER(1981-1994)



Ruud Gullit adalah seorang bekas pemain bola sepak Belanda dalam era 1980-an dan 1990-an.Beliau mempunyai kemampuan seperti seorang atlet,di mana dia mempunyai kelajuan yang kuat dan menggunakan ketinggiannya untuk melompat di udara.Dia pernah menjadi kapten dalam pasukan kebangsaan Belanda sehingga pasukannya itu menjuarai Piala Eropah 1988.Di peringkat kelab,pada tahun 1987 beliau berpindah daripada PSV Eindhoven ke AC Milan dengan yuran perpindahan agak tinggi.Beliau memenangi beberapa kejuaraan antaranya seperti tiga kali title Serie A dan dua kali Piala Eropah dengan pasukan AC Milan.Selain itu juga,dia pernah bermain dengan beberapa pasukan kelab yang lain antaranya seperti Sampdoria,Feyenoord,HFC Haarlem dan akhirnya Chelsea.Biasanya dia bertindak sebagai attacking midfielder,disebabkan dia seorang pemain yang versatile,dia mampu bermain pada semua posisi sepanjang kariernya.Dalam pasukan kebangsaan Belanda,dia berjaya mencetak 17 gol daripada 66 perlawanan yang pernah disertainya.

9.DENNIS BERGKAMP-RIGHT FORWARD(1990-2000)



Siapa yang tidak mengenali Bergkamp?Pengurus Arsenal,Arsene Wenger pernah mengatakan Bergkamp merupakan seorang lagenda bola sepak pasukan Arsenal.Pada asalnya,Bergkamp bermain di bahagian tengah,tetapi dia tukar posisi kepada penyerang utama dan kemudian penyerang kedua.Berkamp pernah diperkatakan oleh Jan Mulder sebagaiseorang "the finest technique"dalam pasukan kebangsaan Belanda.Bergkamp memulakan kariernya bersama dengan kelab Ajax pada tahun 1986.Selepas itu,dia menandatangani dengan kelab Inter Milan pada tahun 1993 dan kemudian dia berpindah ke kelab Arsenal pada tahun 1995.Dia dapat membantu pasukan Arsenal menjuarai bebrapa piala antaranya tiga kali title Premier League,empat kali Piala FA dan membantu pasukannya layak ke perlawanan akhir 2006 UEFA Champion League.Dalam pasukan Belanda,beliau dapat mencetak gol sebanyak 37 gol daripada 79 perlawanan.Kini,beliau menjadi pembantu pengurus kepada Frank de Boer dalam pasukan Ajax.

10.MARCO VAN BASTEN-STRIKER(1983-1992)



Marcel "Marco" van Basten adalah seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan Belanda dan juga kelab AC Milan dan Ajax.Ia dikenali sebagai salah satu penyerang yang handal sepanjang masa  dan mencetak sebanyak 277 gol dalam kariernya.Di peringkat tinggi,beliau juga memenangi tiga kali title Eredivisie dan Piala UEFA dengan Ajax dan tiga kali title Serie A dan Piala Eropah dengan AC Milan.Ia dikenali kerana kekuatannya dalam penguasaan bola,kemampuan taktik dan tendangan keras dan voli yang spectacular.Basten pernah meraih perhargaan European Football of the Year sebanyak tiga kali dan juga sekali FIFA World Player of the Year pada tahun 1992.Tetapi malangnya kariernya sangat singkat pada umur 29 tahun apabila ia sudah pencen kerana kecederaan yang parah.Kini,Basten telah membimbing kelab AZ Alkmaar sebagai coach kelab itu selepas menggantikan Dick Advocaat pada 18 April 2014.

11.JOHAN CRUYFF-LEFT FORWARD(1966-1977)



Hendrik Johan Cruyff atau lebih dikenali sebagai Johan Cruyff  merupakan seorang bekas pemain kebangsaan Belanda yang sangat hebat pada masa era beliau.Beliau juga telah mendapat penghargaan Ballon d'Or sebanyak tiga kali iaitu 1971,1973 dan 1974 menyamai dengan rekod Michel Platini dan Marco Van Basten.Dengar sahaja nama beliau,orang sudah tahu gaya permainannya yang "Total Football" di mana dia boleh bertindak sebagai attacker,midfielder dan defender.Gaya permainannya ini telah diexplore oleh Rinus Michels apabila dia melihat Cruff sebagai "conductor" di atas padang.Beliau juga boleh bertindak sebgai attacking midfielder dan juga serangan.Cruyff juga dikenali kerana kemampuan teknikalnya,kelajuan,acceleration dan juga dribbling serta mempunyai kualiti pandangan yang luas.Sebanyak 33 gol daripada 48 perlawanan yang disertainya bersama dengan pasukan Belanda,di mana dia membantu pasukan kebangsaannya ke perlawanan akhir pada Piala Dunia 1974.Di peringkat tinggi,Cruyff juga memulakan kariernya di Ajax di mana dia memenangi lapan kali title Eredivisie dan tiga kali Piala Eropah.Pada tahun 1973,dia berpindah ke FC Barcelona dengan yuran perpindahan yang sangat tinggi,di mana dia memenangi pertama kali title La Liga dan namanya dinobatkan sebagai European Footballer of the Year.Selepas persaraannya pada tahun 1984,dia telah menjadi jurulatih yang berjaya dengan pasukan Ajax dan FC Barcelona.

No comments

Powered by Blogger.