Header Ads

Rahsia Wang Kertas 1 Dollar Amerika Syarikat

Tahukah anda?Sebenarnya wang kertas 1 dollar Amerika Syarikat mempunyai rahsia yang tidak diketahui umum dan mempunyai maksud tersirat disebalik simbol kebanggaan wang kertas itu kepada rakyat Amerika Syarikat.Malah,duit kertas satu dollar Amerika  penuh dengan simbol sihir.Tambahan pula,Amerika Syarikat sahaja mempunyai lambang negaranya yang terdiri dari dua sisi dan masing-masing sisinya mengandungi simbol syaitan...Mari kita ungkapkan kebenarannya!!!

Rahsia Wang Kertas 1 Dollar Amerika Syarikat


Rahsia Wang Kertas 1 Dollar Amerika Syarikat

Rahsia Wang Kertas 1 Dollar Amerika Syarikat
Grafik bahagian belakang wang kertas 1 USD

1.Maksud Gambar George Washington

Mari kita lihat simbol sihir utama yang ditemui pada wang kertas 1 dollar Amerika.Cuba lihat berhadapan wang kertas itu  adalah gambar George Washington dan kita dengan secara langsung  akan teringatkan warisan masonicnya kerana dia merupakan salah seorang ahli Freemason.George dibingkaikan oleh huruf Greek omega.Omega pada wang kertas itu adalah merujuk secara langsung kepada tuhan.Omega adalah pengakhiran daripada cara hidup yang lama untuk memulakan cara hidup yang baru lebih baik.



Gambar George dibingkaikan oleh huruf Greek omega(Ω)


2.Bohemian Grove Owl(Moloch)

Gambar ini menunjukkan Presiden Nixon dan Ronald Regan duduk di sebelah meja di Bohemian Grove

Bohemian Grove adalah kelab atau pertubuhan rahsia bagi golongan elit di dalam hutan California.Antara amalan kelab ini adalah pengorbanan manusia secara olok-olok untuk disembahkan di hadapan patung gergasi yang dikenali sebagai Moloch(Dewa Burung Hantu Golongan Occultic).

3.Unfinished Piramid-All Seeing Eye

Di atas ada bentuk piramid yang tidak sempurna dan ada segitiga bergambar mata satu yang terapung di puncak piramid itu yang memancarkan cahaya seperti matahari.Di atasnya ada tulisan Annuit Coeptis yang bermaksud Approve The Undertaking atau Merestui Peralihan(peralihan kuasa dunia?).Di bawahnya ada tulisan atau motto novus ordo seclorum bermaksud A new order of the ages akan tetapi boleh juga disamakan ertinya dengan maksud New World Order.Ertinya umat manusia di seluruh dunia diharapkan masuk dalam projek dunia baru dan menerima kepemimpinan Si Mata Satu iaitu Dajjal laknatullah.Persoalannya adakah si pemerintah ini sudah muncul atau bermaksud pemerintahan dunia yang baru?

Apakah maksud kepada semua yang terpampang dalam wang kertas USD$1 itu?Adakah yang dimaksudkan simbol-simbol itu ada kaitan dengan Si Mata Satu?Ini persoalannya yang kita sama-sama fikirkan....


*Annuit Coeptis-"Dia Merestui"

*Novus Ordo Seclorum-"Pemerintahan Dunia Baru"
*Capstone-Eye of Horus(Theocracy of Egyptian Mysticism) iaitu mata setan atau Lucifer

Novus ordo seclorum dari bahasa Yunani iaitu New Order of the Ages adalah kalimat lain dalam simbol Eye of Provindence.Lambang ini jelas-jelas berbentuk piramid Yahudi yang lebih popular dengan istilah The All Seeing Eyes Pyramid.Di atas puncak piramid yang belum jadi,bertahta All Seeing Eyes mata Dewa Horus,salah satu dewa utama dalam kepercayaan paganisme dan Kabbalah.

Di dasar piramid ini terdapat angka Roman yang jika diterjemahkan ke dalam tulisan Latin memiliki makna 1776 yang merupakan tahun kemerdekaan negara Amerika Syarikat.Lapisan batu yang membentuk piramid ada 13 lapis yang menyimbolkan ke-13 suku Yahudi.Tahun kemerdekaan AS memang tahun 1776 atau dalam tulisan Roman MDCCLXXVI.Namun,menurut banyak simbol para pakar ilmu simbol angka Roman tersebut sebenarnya mengandungi kod tersembunyi yang merujuk pada angka satanisme iaitu 666.Bagaimana membacanya?


Menurut mereka,dalam nilai jumlah besar,kadangkala huruf 'M' tidak disertakan dan hantya merupakan hiasan sahaja.Seba itu yang tinggal hanya DCCLXXVI iaitu D=500,C=50,L=10,V=5 dan I=1.Marikita hitung:DC=600,LX=60 dan VI=6.Maka jadinya nombor 666.Mark of the Beast atau dalam bahasa pakar al-kitab juga disebut sebagai The Evil Trinity,Trinitas Iblis.666 juga mempunyai makna lain iaitu Anti Christ.

Jika anda lihat dengan teliti,setiap inci wang kertas ini mempunyai makna yang tersirat dan nombor tersembunyi serta tarikh tetapi apabila diletakkan bersama-sama anda boleh memahami makna yang sebenar-benarnya.

Piramid bermata satu di atas piramid yang tidak siap dikatakan adalah All Seeing Eye sebenarnya adalah satu pembohongan kerana mata ini sebenarnya adalah kepunyaan Syaitan Palsu Triniti,Dajjal yang juga merupakan nabi palsu.



Terdapat banyak misteri tentang ini di dalam internet tetapi huraian di atas ini adalah yang terbaik dari sumber seorang penganut Illuminati kembali memeluk Kristian.Simbol ini merujuk kepada Adam Weishaupts akan rancangan masa depan bermula dari 1 Mei 1776 yang merupakan hari kelahiran Illuminati.


4.The Seal of The Eagle

Logo Amerika yang asal tidak mengandungi burung helang(Eagle) tetapi adalah burung Phoenix(Burung mitos orang kuno).

Di bawah adalah Logo Amerika pada salah satu duit Syiling Negara ini di mana burung Phoenix menjadi binatang yang memegang perisai perlembagaannya.


Begitu juga dengan arah kepala helang yang menunjukkan kepada 33 darjah Freemasonary seperti gambar di bawah ini.


Selain itu,bilangan garis dalam perisai juga mewakili numerologi tersembunyi kesempurnaan kerajaan dan perhambaan kepada manusia melebihi tuhan.Ia dapat dilihat pada keterangan di bawah ini.


Malahan,maksud helang itu sendiri bermaksud menjaga keamanan dan pertahanan sesebuah wilayah.Di bawah adalah maksud bilangan item yang wujud dalam logo ini.


Seterusnya,di bawah adalah maksud sebenar logo The Seal of The Eagle.

5.Maksud In God We Trust...ONE 

Ayat "IN GOD WE TRUST...ONE" ada di belakang wang kertas itu yang mempunyai erti iaitu kepercayaan kepada tuhan yang satu.Masalahnya pemahaman tentang tuhan tersebut dibawa oleh Amerika.Jadi,ayat sebenar sepetutnya berbunyi IN DAJJAL WE TRUST...ONE kerana Dajjal amat meminati konsep One World Religion,One World Government iaitu agenda New World Order.


"ONE" membawa maksud yang satu iaitu Dajjal.Bagi masyarakat Kristian barat yang hanya melihat dari sudut hadapan sahaja,mereka menganggap ONE ialah kedatangan Jesus sebagai penyelamat di masa hadapan.Hanya wang kertas satu Dollar sahaja yang terlibat dan tidak pula bagi wang kertas yang lain.Maka,wang kertas satu Dollar ini mempunyai nilai yang tinggi atau lebih tepat lagi adalah bertenaga.

6.Hexagram

Apabila anda membuat bintang Yahudi laknatullah pada wang kertas ini,anda akan melihat sebuah heksagram bintang berbucu 6 mewakili alam semestaKetika satu heksagram ditindan di atas piramid terdapat huruf-huruf A,S,M,O dan N adalah bersambung.Apabila dicantumkan maka terbentuklah satu gabungan nombor yang tidak asing lagi bagi penyembah-penyembah syaitan iaitu 666.Perhatikan gambar di bawah:





Sebenarnya simbol ini menunjukkan agama para Mason yang memegang tampuk tertinggi pemerintahan Amerika.

7.Nombor 13

Amerika Syarikat yang rasmi berdiri pada tahun 1776,memiliki lambang negara yang cukup unik kerana memiliki dua sisi.Satu sisi bergambar Burung Helang yang mengembangkan sayap dan kedua kakinya mencengkeram anakpanah dan buah zaitun.Di atas kepala burung helang tersebut,ada sekumpulan bintang yang membentuk susunan Bintang David.Bila dicermati,lambang negara Amerika Syarikat ini dipenuhi dengan pelbagai simbol yang seluruhnya mengarah kepada angka 13.

Angka 13sendiri sejak lama sudah dikenali dunia sebagai angka mistis yang sarat dengan pemujaan terhadap syaitan.Selain sebagai angka syaitan,13 juga boleh dianggap 13 suku Israel,di mana suku ke-13 ialah Suku Benjamin yang terbuang.Penguasaan regim Zionis/Yahudi yang belum selesai(simbol mata satu dilihat belum bercantum dengan 13 tingkat piramid tersebut).Kedatangan penyelamat kepada zionis /yahudi yang ditunggu-tunggu.Apabila simbol mata satu bercantum dengan 13 tingkat piramid,maka penyelamat sebenarnya Dajjal laknatullah atau antichrist sudah datang.

Bagi burung helang pula adalah lambang kuasa sihir.Kaitan 13 Stars of David,13 anak panah,13 daun-daun adalah anggota Majlis Tertinggi Illuminati berjumlah 13 orang dan mengingatkan tugas penting mereka untuk memusnahkan agama yang dibawa oleh Nabi Isa a.s.

Lambang burung Phoenix bermaksud simbol kebebasan.Jumah huruf pada annuit coeptis adalah 13 sama dengan jumlah huruf pada E Pluribus Unum.Bintang di atas burung berjumlah 13 dan membentuk lambang bintang Daud(the stars of David),13 daun,13 bulu pada sayap dan 13 anak panah,13 garis/jalur bendera.Angka 13 itu sendiri meruupakan lambang kekuasaan empat penjuru dunia utara,selatan,timur dan barat.

Berikut adalah gambar dan simbol yang dikaitkan dengan nombor 13.Sila rujuk gambar di bawah untuk lebih lanjut:



Pencari rahsia di dalam dollar US sering merujuk kepada "Imej Flourescent 13 dan Washington" yang dianggap ajaib.Ia boleh dilihat menerusi pengimbas dan kelihatan lampu ultraviolet akan bersinar pada wang kertas tersebut.Pada bahagian wang kertas yang lain perlu dilapik dengan kertas hitam bagi mewujudkan imej ini.Setelah imbasan dilakukan,imej ini perlu diedit dengan melalui beberapa siri perlarasan curve dan constrast dengan menggunakan photoshop sehingga warnanya kelihatan .Warna baru kemudiannya akan dilapisi dengan imbasan asal yang telah terbalikkan warnanya dan digabungkan.Sepatutnya hasil yang kelihatan seperti gambar di bawah.Kedudukan nombor tiga adalah mewakili the fountain of knowledge.


Apa yang berlaku kepada kekayaan Knights Templar adalah menjadi misteri sehingga kini.Ia merupakan salah satu rahsia besar yang tidak dapat diselesaikan.Terdapat juga kebetulan yang menarik yang mana beberapa rujukan pertama Freemason(1390) mula muncul sejurus selepas kejadian penganiayaan terhadap Knights Templar.Terdapat juga beberapa persamaan antara kedua-dua organisasi ini,antaranya ialah:

1.Kedua-duanya mempunyai hubungan fizikal dan simbolik kepada Haikal Sulaiman(Solomon Temple).
2.Kedua-duanya mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap makhluk agung.
3.Kedua-duanya mempunyai upacara rahsia.
4.Kedua-duanya mempunyai fokus pada hidup hayat yang mulia dan melakukan kerja-kerja amal.

Akhirnya,kedua-dua organisasi sentiasa kelihatan berkaitan dengan perbankan.Pratcher Terry,dalam novel beliau 'Making Money' sering menggambarkan bahawa bank sering kelihatan seperti kuil.Ia adalah adil untuk mengatakan bahawa tindakan Christopher Columbus pada tahun 1492-1493 telah mewujudkan kesedaran bahawa terdapat benua yang memang wujud merentasi Atlantik.Tahun-tahun yang berikutnya,kelihatan negara Dunia Lama mengambil kepentingan kolonial dalam Dunia Baru.Antara tahun 1492 dan 1776,Sepanyol,Belanda,Perancis dan British menuntut bahagian jajahan mereka di seluruh pelusok dunia.Dalam tempoh 1720 dan 1776,dua perkembangan menarik terjadi.Sepanjang tempoh ini,pergerakan Freemason bertambah ramai ahlinya dan kekuatannya manakala pada masa yang sama, keinginan untuk merdeka semakin kuat di Tanah Jajahan Amerika.

Teori mengenai asal usul dollar Amerika dan The Great Seal ini.Ramai orang telah berpindah ke Dunia Baru untuk  hidup lebih aman daripada kongkongan golongan Diraja dan Agama Eropah.Besar kemungkinan bahawa di kalangan orang-orang ini adalah daripada anak cucu ahli Freemason dan Knights Templar.Kemungkinan Freemason adalah keturunan daripada Knights Templar.Pegangan asas kepercayaan mereka adalah mempercayai bahawa "Semua Manuisa Dicipta Sama Rata" dan bahawa "Kebebasan untuk Semua" harus menjadi sebahagian daripada mereka mengekalkan perlembagaan mereka.Bilangan 13,tarikh di mana mereka telah dikhianati pada asalnya,adalah dan masih yang diterapkan ke dalam semua kerja-kerja mereka sebagai amaran kepada generasi akan datang.Malahan,ia juga menentukan bilangan asal negeri di Amerika.

Oleh itu,pereka 'The Great Seal' yang asal dan mereka yang terus merekabentuk mata wang Amerika Syarikat (The Treasury Department) masih menggunakan banyak konsep geometri rahsia dan berasaskan imej yang seterusnya menambah bilangan misteri pada dollar itu sendiri.Mungkin keturunan 'Funder tuhan' masih menggunakan nombor 13 untuk mengingatkan keturunan mereka bahawa pengkhianatan boleh berlaku pada bila-bila masa.


8.Hermatic of The Golden Dawn

Hermetic Order of The Golden Dawn atau lebih dikenali sebagai Golden Dawn merupakan satu pertubuhan yang mengamalkan amalan sihir yang aktif di Britain pada lewat 19 dan awal abad ke-20 yang mengamalkan pembangunan sihir dan rohani.Ia telah menjadi salah satu pengaruh terbesar apada abd ke-20 ilmu ghaib barat.Sistem Golden Dawn berdasarkan hierarki dan upacara permulaan seperti yang diamalkan di Lodge Masonic.Gambar di bawah adalah perbandingan mohor besar dan tangkai Amerika Syarikat dengan tangkaiair yang dibuat oleh Golden Dawn Magician.


Tangkai ini dibuat untuk meningkatkan kesenangan peribadi atau emosi  positif.Gambar dari kad tarot Ace of Cups digunakan bersama-sama dengan kepala helang dan segitiga terbalik untukmenyediakan simbol yang diperlukan.Ace of Cups ditunjukkan dengan cawan yang melimpah adalah kad tarot kecil yang mewakili perubahan emosional dalam mikrokosmos atau individu dan menjadi kad yang sesuai untuk menggabungkan dengan simbolisme air untuk membuat satu perubahan peribadi.


Gambar dari kad tarot Ace of Cups digunakan bersama-sama dengan kepala helang dan segitiga terbalik 

Sebaliknya,jika seseorang ingin membuat perubahan emosional pada mikrokosmos menggunakan kad tarot menara sangat sesuai kerana ia merupakan kad utama ia mempengaruhi alam semesta.Berikut adalah beberapa tangkal yang menarik kuasa planet.Kita boleh melihat persamaan antara dua bulatan-bulatan atau mohor dihubungkan oleh jalur dan dua mohor dihubungkan oleh perkataan "ONE" pada dollar.Pada wang kertas satu dollar itu yang menyambungkan adalah perkataan 'ONE'.



E Pluribus Unum

Amerika Syarikat menggunakan doa latin pada mohor besar untuk memanggil keluar kuasa yang lebih tinggi sepertimana Nabi Sulaiman lakukan.Perkataan "E Pluribus Unum" yang terdapat pada logo The Seal of The Eagle diambil dari penulisan riwayat hidup penyair kristian Saint Augustine.Ungkapan tersebut berkaitan untuk menyediakan jiwa kita meluap-luap dan keluar dari banyak menjadi satu.


Annuit Coeptis

Perkataan "Annuit Coeptis" merupakan sebahagian dari pemujaaan Latin kepada dewa Jupiter Roman yang ditulis oleh penyair Virgil.Puisi asal dan doa adalah satu pemujaan kepada Jupiter meminta bantuan dalam daya usaha yang keras.


Novus Ordo Seclorum

Tulisan "Novus ordo Seclorum" juga diambil dari puisi oleh Virgil dan sering diterjemahkan sebagai New Order of the Ages(Pemerintahan Dunia Baru).Ia dicadangkan bahawa puisi ini ditaksifkan sebagai ramalan kedatangan kedua Nabi Isa untuk menghakimi dunia.




Jika saya ada kesilapan tolong betulkan apa yang dikongsikan kepada anda kerana saya cuma insan yang kerdil sahaja di sisi Allah.Sebarang apa-apa yang saya share dalam blog ini,saya merujuk beberapa blog yang lain berkaitan pasal Rahsia Wang Kertas 1 dollar Amerika Syarikat untuk diterjemahkan info ini kepada anda semua....OKKK..saya akan share info ini berkaitan isu ini pada laman yang lain pula.

Artikel berkaitan : Conspiracy tragedi wtc 911

No comments

Powered by Blogger.