Header Ads

Films Hollywood Yang Mendedahkan Tragedi 11 September 2001

Tahukah anda?Bahawa filem-filem dari Hollywood mempunyai banyak maksud tersirat disebalik plot cerita itu sendiri. Kita mungkin tidak sedar bahawa filem Hollywood mempunyai agenda tersendiri untuk memanipulasi akal fikiran manusia (brainwash). Bukan satu atau dua, tetapi lebih daripada sepuluh buah filem Hollywood seakan-akan mendedahkan kepada kita semua bahawa tragedi 11 September 2001 benar-benar akan berlaku dan telah dirancang dengan rapi dan teliti.

1) GODZILLA (1998)

Tertera nombor 7:17:39:11 semasa seorang wartawan membuat liputan di dalam sebuah helikopter. Tahukah anda bahawa kepada sesiapa yang mengetahui hal ini, 717 adalah nombor pesawat Boeing 717, nombor 3 adalah 3 buah pesawat yang terlibat dalam tragedi 11 September manakala 9 11 adalah tarikh kejadian 11 September. Adegan seterusnya, melihatkan kita kepada seutas jam tangan  seorang pelakon yang menunjukkan waktu pada pukul 8:55, namun ia sebenarnya merujuk kepada nombor pada jarum jam tersebut iaitu 9 dan 11.





2) TERMINATOR 2:JUDGEMENT DAY (1991)

Semasa aksi kejar-mengejar antara John Connor(Edward Furlong) dan T-800(Arnold Schwarzenegger) dengan T-1000(Robert Patrick), Connor dan T-800 melintasi sebuah jejambat yang tertulis Caution 9-11!.



3) SUPER MARIO BROS (1993)

Dalam filem Super Mario Bros, sebuah adegan menyaksikan bangunan bahagian selatan WTC diruntuhkan seakan-akan mengetahui bahawa bangunan tersebutlah yang runtuh terlebih dahulu sebelum menyaksikan bangunan bahagian utara runtuh semasa tragedi 11 September.





4) GREMLIM 2 (1990)

Dua orang wartawan seakan-akan mendekatkan mikrofon masing-masing yang tertera nombor 9 dan nombor 11.



5) INDEPENDENCE DAY (1996)

Jeff Goldblum meneliti laptopnya untuk melihat kiraan masa. Camera close up menunjukkan angka 09:11:01. Ia menepati tragedi terjadinya peristiwa 11 September 2001.



6) THE MATRIX (1999)

Passport Neo(Keanu Reeves) tertera tarikh luput 11 September 2001 yang bertetapan dengan tarikh tragedi 11 September iaiatu 11 September 2001.



7) ARMAGEDDON (1998)

Countdown sebelum pelancaran roket ke angkasa tertera nombor 9 dan 11.



8) NEW YORK VS HOMER SIMPSON (1997)

Sebuah episod Simpson telah ditayangkan empat tahun sebelum kejadian 11 September. Episod tersebut menyaksikan bagaimana sebuah majalah tertera tulisan 'New York $9' dan lukisan menara berkembar WTC di sisi bawah tulisan $9. Secara logiknya kita boleh mengaitkan bahawa New York dengan lokasi kejadian 11 September manakala tulisan $9 dan lukisan menara berkembar WTC yang membentuk nombor 11 adalah tarikh kejadian tersebut berlaku...



9) DIE HARD (1988)

Jelas terpampang bangunan berkembar WTC terbakar. Filem-filem siri Die Hard banyak memberi petanda kejadian 11 September akan berlaku.



10) PEACEMAKER (1997)

Ketika aksi mengejar antara aktor George Clooney dan Nicole Kidman dengan penyangak daripada Yugoslavia terpampang jelas di belakang Clooney papan tanda berangka 9 dan 11.




Sama ada ia hanya kebetulan atau telah dirancang? Yang ni menjadi persoalannya...Kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran perlu memikirkan yang mana yang salah atau yang betul...jangan sampai kita terlalu taksub dengan filem Hollywood kerana filem mereka kebanyakkan mempunyai agenda tersendiri dan juga mempunyai konspirasi yang cuba disembunyikan!!!

No comments

Powered by Blogger.