Header Ads

10 Patung Tertinggi Di Dunia 2017


10 Patung Tertinggi Di Dunia 2017. Kita mesti beranggapan bahawa patung Jesus di Rio Jeneiro merupakan patung tertinggi di dunia, tetapi sebenarnya patung Spring Temple Buddha merupakan sebuah patung tertinggi di dunia. Ohh...baru kita tahu sebenarnya. Kebanyakan patung di dunia ini menggambarkan dewa-dewa Buddha.Berikut antara 10 patung tertinggi di dunia:

10 Patung Tertinggi Di Dunia 2017


1)Spring Temple Buddha(153 meter)



Spring Temple Buddha merupakan patung yang menggambarkan Vairocana Buddha yang terletak di Lushan County,Henan,China.Patung ini merupakan patung yang paling tertinggi di dunia dengan ketinggian mencapai 153m(502 kaki).


2)Laykyun Setkyar(130 meter)



Laykyun Setkyar merupakan patung yang kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian mencapai 116m(381 kaki).Patung yang dinamakan sebagai Gautama Buddha berdiri tegak 13.5 meters di atas tanah yang terletak di sebuah kampung Khatakan Taung berhampiran dengan Monywa,Myanmar.Pembinaan patung ini bermula dari tahun 1996 dan siap sepenuhnya pada 21 Februari 2008.


3)Ushiku Daibutsu(120 meter)



Ushiku Daibutsu adalah sebuah patung yang terletak di Ushiku,Ibaraki Prefecture,Jepun.Patung ini menggambarkan Amitabha Buddha yang diperbuatkan daripada gangsa.Patung ini dengan mempunyai ketinggian mencapai 110m(360 kaki) yang siap sepenuhnya pada tahun 1993.


4)Guan Yin of the South Sea of Sanya(108 meter)



Guan Yin of the South Sea of Sanya sebuah patung yang menggambarkan bodhisattva Avalokistevara atau lebih dikenali sebagai Guanyin.Patung ini mencapai ketinggian dengan anggaran 108m yang terletaka dekatSanya,Hainan,China.Patung ini merupakan patung keempat tertinggi di dunia dan patung Guanyin yang tertinggi di dunia.Patung ini mengambil masa selama 6 tahun untuk disiapkan selepas berjaya pembinaan pada 24 April 2005.


5)Emperors Yan dan Huang(105 meter)



Seni ukiran Emperors Yan dan Huang adalah sebuah patung yang kelima tertinggi di dunia dengan ketinggian mencapai 106m.Ia menggambarkan dua pahlawan China masa dahulu iaitu Yan Di dan Huang Di.Patung ini terletak di Zhengzhou,Henan,China.


6)Sendai Daikannon(100 meter)

Sendai Kannon.jpg

Sendai Daikannon sebuah patung yang menggambarkan Bodhisattva Kannon Buddha Jepun yang terletak di Sendai,Miyagi Prefecture,Jepun.Ia merupakan patung yang keenam tertinggi di dunia dengan ketinggian mencapai 100m(330 kaki).


7)Guishan Guanyin of the Thousand Hands and Eyes(99 meter)



Guihan Guanyin of the Thousand Hands and Eyes merupakan patung yang keempat tertinggi di China dan ketujuh tertinggi di dunia.Patung ini menggambarkan Avalokitesvara yang terletak di di Weishan,Hunan,China dengan ketinggian mencapai 99 meter.


8)Peter the Great Statue(96 meter)

Moscow-Peter-The-Great-Statue-2003.jpg

Peter the Great Statue dengan ketinggian 96 meter merupakan monumen Peter the Great yang terletak di negara Russia.Ia telah direka bentuk oleh pereka bentuk Georgia iaitu Zurab Tsereteli untuk memperingati Tentera Laut Russia.


9)Great Buddha of Thailand(92 meter)



Great Buddha of Thailand atau juga dikenali sebagai The Big Buddha,The Big Buddha of Thailand,Phra Buddha Maha Nawamin dan Mahaminh Sayakamunee Visejchaicharn merupakan patung tertinggi di Thailand dan kesembilan tertinggi di dunia.Ia terletak di Wat Muang Monastery,provinsi Ang Thong,Thailand.Ia dicatkan dengan emas dan diperbuat daripada simen dengan ketinggian 92 meter.


10)Grand Buddha at Ling Shan(88 meter)



Grand Buddha at Ling Shan terletak di Gunung Longshan berhampiran dengan Mashan,bandar Wuxi,Provinsi Jiangsu,China.Ia merupakan salah satu patung Buddha tertinggi di China dan juga di dunia.Dengan ketinggian mencapai 88 meter,Patung Grand Buddha di Ling Shan adalah Sakyamuni gangsa berdiri tegak dengan berat anggaran 700 ton.Ia siap sepenuhnya pada akhir tahun 1996.

No comments

Powered by Blogger.