Header Ads

10 Nilai Mata Wang Paling Terendah Di Dunia

10 Nilai Mata Wang Paling Terendah Di Dunia. Tahukah anda? Kebanyakan negara dari benua Afrika mempunyai nilai matawang  yang rendah nilainya kerana berlaku inflasi yang tinggi dan sistem kewangan yang kurang mapan.Antaranya seperti negara Zimbabwe nilai mata wang negara itu hampir tidak ada nilainya kerana berlaku inflasi yang sangat tinggi sehingga duit itu dicetak dengan begitu senang sahaja.Berikut 10 negara yang mempunyai nilai mata wang terendah di dunia:


10 Nilai Mata Wang Paling Terendah Di Dunia


1)Dollar Zimbabwe




*Nilai mata wang:1 Dollar Zimbabwe bersamaan US$0.00276319

Dollar Zimbabwe merupakan mata wang Zimbabwe adalah yang terendah di dunia.Matawang ini pada masa kini mendapat perhatian dunia kerana menghadapi krisis kemerosotan nilai yang dahsyat sehingga menyebabkan hiperinflasi dalam ekonomi negara Afrika berkenaan.

2)Shilling Somalia




*Nilai mata wang:1 Shilling Somalia bersamaan 1 US$0.000834040

Shilling Somalia merupakan mata wang negara Somalia.Shilling Somalia mula digunakan sejak tahun 1921 apabila Shilling East African memperkenalkan kepada British Somaliland yang melindungi negara itu.

3)Manat Turkmenistan




*Nilai mata wang:1 Manat Turkmenistan bersamaan 1 US$0.350877

Manat merupakan nilai mata wang negara Turkmenistan.Ia mula digunakan sejak tahun 1 November 1993 menggantikan Ruble Russia.

4)Dong Vietnam




*Nilai mata wang:1 Dong Vietnam bersamaan 1 US$0.0000474200

Dong merupakan nilai mata wang Vietnam digunakan sejak tahun 3 May 1978.

Baca juga: Sejarah matawang ringgit Malaysia


5)Dobra Sao Tome and Principe




*Nilai mata wang:1 Dobra Sao Tome and Principe bersamaan 1 US$0.0000553500

Dobra merupakan mata wang yang digunakan oleh Sao Tome and Principe.Ia mula digunakan sejak tahun 1977 menggantikan escudo.

6)Rupiah Indonesia




*Nilai mata wang:1 Rupiah Indonesia bersamaan 1 US$0.0000830379

Rupiah adalah unit mata wang Indonesia.Mata wang Rupiah pertama kali diperkenalkan semasa Pendudukan Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.Setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua,Bank Jawa memperkenalkan mata wang Rupiah Jawa sebagai pengganti.Pada 2 November 1949,Indonesia menetapkan Rupiah sebagai mata wang kebangsaannya yang baru.

7)Rial Iran




*Nilai mata wang:1 Rial Iran bersamaan 1 US$0.0000401600

Rial adalah mata wang rasmi negara Iran.Mata wang Rial menggantikan mata wang lama yang dikenali sebagai toman.Ia mula diperkenalkan pada tahun 1798.

8)Kip Laos




*Nilai mata wang:1 Kip Laos bersamaan 1 US$0.000124670

Kip adalah mata wang negara Laos.

9Franc Guinea




*Nilai mata wang:1 Franc Guinea bersamaan 1 US$0.000142430

Franc Guinea adalah mata wang yang digunakan oleh negara Guinea.Franc Guinea mula digunakan sejak dari tahun 1959 manggantikan Franc CFA.

10)Guarani Paraguay


2000 dos mil guaranies anverso.jpg


*Nilai mata wang:1 Guarani Paraguay bersamaan 1 US$0.000217260

Guarani Paraguay adalah mata wang rasmi negara Paraguay sejak 1944 menggantikan wang Peso Paraguay.

Dengan adanya informasi ini moga-moga bermanfaat kepada anda tentang nilai matawang paling terendah di dunia.

No comments

Powered by Blogger.