Header Ads

Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Online

Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Online | Adakah anda pemohon BR1M 2018? Sudahkah buat pengemaskinian BR1M 2018 secara online? Untuk makluman anda, dijangka pembayaran BR1M 2018 akan diagihkan untuk ketiga-tiga kategori pada pertengahan bulan Februari 2018. Berikut dikongsikan beberapa cara untuk membuat semakan status permohonan BR1M 2018 seperti dinyatakan dibawah. 

Semakan Status Permohonan BR1M 2018 Online

Seperti sedia maklum, jumlah bayaran BR1M 2018 masih dikekalkan dengan jumlah maksimum RM1,200 kepada golongan yang berpendapatan RM2,000 ke bawah. Tarikh pembayaran duit masuk akan dilakukan sebanyak 3 kali pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018. Untuk golongan bujang akan menerima BR1M sekaligus pada bulan Februari ini.

Semakan Keputusan Status Permohonan BRIM 2018


Berikut adalah cara semakan status permohonan BRIM 2018 melalui beberapa kaedah:

1. Semakan BR1M 2018 Online

○ Aplikasi Semakan: https://ebr1m.hasil.gov.my/.
○ Permohonan hanya menggunakan
MyKad (12 Digit) sahaja.

Maksud Status Permohonan BR1M 


Berikut adalah status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online :

1. Diterima : Permohonan Telah Didaftar

2. Dalam Proses : Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan

3. Ditangguhkan : Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
4. Lulus : Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
5. Tidak Lulus : Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
6. Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

2. Semakan BR1M 2018 Melalui e-Mail

○ Hantar email anda ke alamat BRIM@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain.
○ Sila nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

3. Semakan BR1M 2018 Melalui Telefon

○ Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566 Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

4. Semakan BR1M 2018 Guna Aplikasi Mobile e-BR1M

○ Muat turun aplikasi BR1M di Google Playstore dan App Store.

Selamat membuat semakan status permohonan BR1M 2018 dengan mudah! Semoga berjaya lulus dalam permohonan BR1M 2018.

5 comments:

  1. Untung siapa yg dpt brim

    ReplyDelete
  2. semoga setiap permohonan diluluskan. aamiin

    ReplyDelete
  3. lama da x masuk list BRIM.. tak tahula knapa huurm.. T.T

    ReplyDelete

Powered by Blogger.