Header Ads

Sinopsis Drama Mocha Kau Bahagia Lakonan Farah Nabilah & Syafiq Kyle

Sinopsis Drama Mocha Kau Bahagia Lakonan Farah Nabilah & Syafiq Kyle | Drama mini terbaru berjudul Mocha Kau Bahagia dari arahan Nizam Zakaria yang akan ditayangkan mulai 11 November ini, setiap Sabtu jam 10.30 malam di TV3. Drama ini hanya berdurasi selama 4 episod dengan menampilkan beberapa pelakon popular antaranya Farah Nabilah, Syafiq Kyle, Syazwan Zulkifly, Issey Fazlisham dan ramai lagi. Pasti drama ini ditunggu-tunggu oleh peminat Farah Nabilah heroin Titian Cinta dan juga Syafiq Kyle hero Mencintaimu Mr. Photographer. Jom terjah sinopsis drama Mocha Kau Bahagia!

Sinopsis Drama Mocha Kau Bahagia Lakonan Farah Nabilah & Syafiq Kyle

Sinopsis Drama Mocha Kau Bahagia Lakonan Farah Nabilah & Syafiq Kyle 


Berikut adalah senarai pelakon dan sinopsis drama Mocha Kau Bahagia :

Senarai Pelakon Mocha Kau Bahagia 


● Syafiq Kyle sebagai Firdaus 👉 Biodata Syafiq Kyle 
● Farah Nabila sebagai Melur
● Syazwan Zulkifly sebagai Zikry
● Issey Fazlisham
● Meera James

Sinopsis Drama Mocha Kau Bahagia Lakonan Farah Nabilah & Syafiq Kyle

Sinopsis Mocha Kau Bahagia 


Drama Mini Mocha Kau Bahagia ini mengisahkan tentang kisah suka dan duka dua orang sahabat, Firdaus dan Melur yang berkongsi zaman remaja bersama. Mereka tekad untuk memulakan karier bersama di MCDONALD'S sebagai Barista Cafe.

Dalam sibuk mengejar cita-cita, bermula putik-putik cinta di antara Firdaus dan Melur, dimana keduanya menyimpan perasaan tanpa diucapkan. Dalam masa yang sama berlakunya konflik apabila pengurus restoran, Zikry menjadi orang ketiga cinta tiga segi di McCafe.

Kekecewaan Firdaus dalam cinta memaksanya untuk terus mengejar cita-cita. Mampukah Firdaus menjadi milik di hati Melur? Mampukah persahabatan mereka bertukar menjadi percintaan?

Jangan lupa tonton drama Mocha Kau Bahagia yang akan disiarkan mulai 11 November di TV3. Terima kasih membaca artikel Sinopsis Drama Mocha Kau Bahagia Lakonan Farah Nabilah & Syafiq Kyle. Selamat menonton.

1 comment:

Powered by Blogger.