Header Ads

Sinopsis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma Lakonan Fikry Ibrahim & Elfira Loy

Sinopsis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma Lakonan Fikry Ibrahim & Elfira Loy | Nantikan drama terbaru berjudul Kerna Syurga Bukan Percuma yang diinspirasikan dari novel karya Najmi Fetih. Drama Kerna Syurga Bukan Percuma ini yang berdurasi selama 24 episod telah menampilkan beberapa pelakon hebat antaranya Elfira Loy, Fikry Ibrahim, Fendy Bakry, Syatilla Melvin dan ramai lagi. Drama ini mula ditayangkan pada 6 November 2017 setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 9 malam di Astro Oasis dan Maya HD. Jom terjah sinopsis drama Kerna Syurga Bukan Percuma!

Sinopsis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma Lakonan Fikry Ibrahim & Elfira Loy

Sinopsis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma Lakonan Fikry Ibrahim & Elfira Loy 


Berikut dikongsikan adalah senarai pelakon dan sinopsis drama Kerna Syurga Bukan Percuma :

Senarai Pelakon Kerna Syurga Bukan Percuma 


● Elfira Loy sebagai Solehah
● Fikry Ibrahim sebagai Khai
● Syatilla Melvin sebagai Adawiyah
● Fadzil Zahari sebagai Nazmi
● Fendy Bakry sebagai Abang Surau
● Fahad Iman sebagai Iskandar
● Damia Azmi sebagai Nafisah
● Azzahra Ahmad sebagai Haura
● Liza Rafar sebagai Rahma

Sinopsis Kerna Syurga Bukan Percuma 


Drama Kerna Syurga Bukan Percuma mengisahkan Khairul Rafeeq atau Khai seorang remaja yang ingin berhijrah ke arah kebaikan walaubagaimanapun pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu lalui. Dalam masa yang sama, Khai telah dibantu oleh Abang Surau setelah mereka dipertemukan di surau. Sejak pertemuan itu, persahabatan antara mereka semakin akrab.

Abang Surau yang banyak memberi dorongan dan bantuan kepada Khai untuk terus beristiqamah apa yang dia lakukan. Bagaimana pertemuan Khai dengan Solehah?

Jangan lupa saksikan atau tonton drama Kerna Syurga Bukan Percuma menerusi saluran Astro Oasis dan online. Terima kasih sudi membaca Sinopsis Drama Kerna Syurga Bukan Percuma Lakonan Fikry Ibrahim & Elfira Loy. Selamat menonton!

No comments

Powered by Blogger.