Header Ads

Apa Itu Click Bombing dan Cara Mengelak Google Adsense Dari Invalid Click

Apa Itu Click Bombing dan Cara Mengelak Google Adsense Dari Invalid Click |Jika sebelum ini aku kurang memandang serius terhadap masalah click bombing atau multing click yang boleh menyebabkan akaun Adsense dibanned. Hari ini tergerak hati untuk aku ulaskan lebih lanjut mengenai click bombing, dimana aku terbaca di Facebook dua rakan blogger yang telah mendapat amaran dari Google dan akaun itu dibanned selama sebulan disebabkan 'multing clicks' atau 'click bombing'! Dan terbaru aku dapati sifu blogger dan Adsense, tuan Hasrul Hassan juga terpalit isu yang sama.

Apa Itu Click Bombing dan Cara Mengelak Google Adsense Dari Invalid Clicks

Sebagai publisher Adsense, aku anggap masalah ini serius dan ia sering berlaku dalam kalangan blogger yang mempunyai akaun Google Adsense. Jika sebelum ini aku pernah mendapat dua amaran mengenai penyalahgunaan keyword, lebih baik isu ini aku tekankan kerana click bombing / multing click amat sukar sekali untuk mendapatkan semula akaun jika anda benar disabit kesalahan.

Apa Itu Click Bombing dan Cara Mengelak Google Adsense Dari Invalid Clicks 


Apa itu click bombing?

...

Bombing click  adalah satu aktiviti klik berkali-kali dalam masa yang singkat pada iklan Adsense yang menyebabkan akaun Google Adsense dibanned. Pihak Google akan mengganggap itu adalah 'Click Fraud'. Hal ini kerana click bombing adalah salah satu kesalahan dalam 'Invalid Click Activity'. Memang dianggap kesalahan yang terbesar dalam Adsense.

Bagaimana Click Bombing terjadi ? 


Bagi pendapat aku, kemungkinan bombing click ini terjadi yang pertama adalah anda sengaja klik sendiri berulang kali pada iklan tersebut dengan puluhan klik dalam masa seminit. Yang kedua, mungkin pelawat terlalu baik hati mengklik iklan anda dengan berulang kali. Sedangkan ia tidak tahu akan mendatangkan keburukan kepada owner blog itu. Dan ketiga yang paling kejam, dimana terdapat pengkhianat yang sengaja mengklik berulang kali iklan Adsense supaya akaun Adsense dibanned.

Kesemua kesalahan ini dianggap Click Fraud dan telah diclaim melanggar TOS Adsense. Jika anda baca di Google forum, rata-rata publisher Adsense yang melaporkan kehilangan akaun Adsense mereka disebabkan aktiviti klik tidak sah seperti klik berulang kali pada iklan. Sebahagian mereka mendakwa bahawa tidak klik pada iklan mereka, tetapi ia berlaku kerana orang lain niat sengaja untuk menjadikan bombing click pada akaun Adsense itu.

Terbukti lah perkara ini adalah masalah yang sering dipersoalkan dalam Google Forum....

Cara Melapor Click Bombing di Google 


Jika anda mendapati bahawa terdapat banyak klik yang luar biasa sebagai contoh 1000 pelawat dengan 900 klik iklan Adsense dan kita boleh anggap ia tidak wajar. Lagi satu anda boleh lihat CTR, jika terlalu meningkat tinggi maknanya ada something wrong yang terjadi pada akaun Adsense. Sebab itulah anda perlu rajin-rajin selalu melihat laporan di dashboard Google Analytics. Paling mudahlah, anda lihat dashboard Adsense sekiranya nampak pelik dan tak masuk akal dan cara terbaik adalah terus laporkan kepada Google tentang masalah ini. Jika anda berdiam diri, Google menganggap anda bersekongkong dengan pesalah klik iklan tersebut dan dikenakan tindakan invalid clicks dan seterusnya dibanned akaun.

Bagaimana caranya? Anda boleh melapor kepada Google melalui pautan ini Invalid Click Contact Form . Sebelum itu, anda perlu kumpulkan beberapa maklumat untuk dihantar ke Google sebagai bahan bukti.

1. Merekod tarikh dan masa aktiviti tidak sah (invalid activity).

2. Menganalisis Google Analytics anda dan mencari trafik yang mencurigakan. Anda boleh rekod alamat IP dari mana pengunjung datang dan aktiviti mereka lakukan.

Adakah cara untuk mengelak click bombing berlaku pada Adsense?


Sebenarnya Google sendiri pun tidak ada cara untuk mengelakkan bom klik. Dari sistem Google hanya ada pengesanan Click Fraud dan ingin tahu info lanjut mengenai Click Fraud boleh layari pautan Ad Traffic Quality Resource Center. Bagi pengguna WordPress, sebenarnya terdapat beberapa click bomb plugin percuma untuk mencegah click bombing invalid click. Manakala, bagi blogger Blogspot masih tidak ada cara untuk mengelakkannya.

Baca juga : Panduan Terbaik Bagi Pemula Google Adsense 

Inilah antara maklumat yang boleh saya kongsikan mengenai click bombing pada Google Adsense. Semoga perkongsian ini memberi kefahaman kepada publisher Adsense yang masih kurang faham tentang click bomb dan cara report kepada Google. Moga-moga akaun Adsense kita selamat daripada aktiviti illegal ini. Jika anda ada info tambahan, boleh kongsikan disini pada ruangan komen. Okay selamat menjana duit USD.

8 comments:

Powered by Blogger.