Header Ads

Cara Mudah Membatalkan Akaun Astro

Cara Mudah Membatalkan Akaun Astro |Korang ada subscription Astro? Sudah tentu setiap penghuni rumah ingin mempunyai channel yang beraneka seperti sport, movie, hiburan dengan hanya melanggan Astro. Tapi, mungkin korang kurang tahu kalau hendak batalkan langganan Astro bukannya mudah disangka lebih-lebih lagi jika anda masih di bawah kontrak. Bagi mereka yang kontrak Astro masih di bawah 2 tahun, saya akan kongsikan cara terbaik bagaimana membatalkan akaun Astro anda dengan mudah fahami.

Cara Batalkan Langganan Astro

Cara Mudah Membatalkan Akaun Astro 


Di sini dikongsikan cara membatalkan perkhidmatan Astro melalui panggilan telefon seperti di bawah ;

STEP 1 : Call pusat perkhidmatan Astro @ Astro Service Center di talian +603 9543 3838.

Pastikan sebelum membuat panggilan, sila pastikan nombor akaun Astro ada di depan anda. Sebab anda perlu masukkan nombor akaun.

STEP 2 : Sila pilih bahasa pilihan anda.

STEP 3 : Buat pilihan anda dengan masukkan nombor akaun ASTRO 10 digit ;
● Tekan 1 : Penyambungan semula permintaan
● Tekan 2 : Bill & Pembayaran
● Tekan 3 : Pakej, Produk dan Perkhidmatan
● Tekan 4 : Bantuan teknikal & pemasangan
● Tekan 5 : Berkaitan pernyataan GST

STEP 4 : Anda boleh memilih pilihan 3 atau 4

STEP 5 : Berbincang dengan bantuan perkhidmatan pelanggan ;
● Memberitahu kepada pegawai Astro untuk menamatkan akaun Astro anda. Masa ini dia akan tanya, sebab kenapa tutup?
● Dinasihatkan beri penjelasan yang pegawai astro akan terima dengan mudah. Macam contoh saya bagi dah pasang unifi. Orang dalam rumah pun sibuk keja siang hari. Hanya waktu malam sahaja yang free tengok tv. So dia akan faham situasi ini.
● Masa ni macam biasalah, mereka tetap terus offer dengan tawaran lebih bagus. Korang dengaqlah apa dia cakap!
● Mereka akan memberitahu anda bahawa anda perlu memberi 30 hari tempoh notis bagi pembatalan sebagaimana dalam agreement dan mereka akan membantu untuk mengira penalti.

STEP 6 : Tinggalkan nombor telefon anda dan mereka akan menghubungi anda semula selepas beberapa hari.

Perlu anda ketahui setelah akaun ASTRO anda dibatalkan bagi yang masih di bawah kontrak 2 tahun, anda perlu serahkan semula items iaitu dekoder, piring Astro dan smart kad kepada pegawai astro nanti. Mereka akan datang ambil di rumah. So, anda tak terlepas dikenakan penalti mengikut tunggakan atau baki kontrak anda. Lagi banyak pakej yang anda langgan, maka lagi tinggi caj yang akan dikenakan.

Semoga artikel ini dapat membantu anda khususnya pelanggan Astro untuk membatalkan atau menamatkan langganan Astro dengan mudah.

2 comments:

  1. langsung tak dpt ckp dengan customer service...

    ReplyDelete
  2. This article will help the internet people for creating new
    blog or even a blog from start to end.
    섯다

    ReplyDelete

Powered by Blogger.