Semakan Ujian MEdSI dan Temuduga UPSI Sesi Akademik 2016-2017 Online

Adakah anda calon temuduga UPSI dan MEdSI 2016/2017? Bilakah tarikh semakan temuduga/ujian khas dan Ujian MedSI 2017 UPSI Secara Online? Menurut sumber daripada Laman Web Rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Semakan Panggilan Menduduki Ujian MEdSI 2017 untuk Kemasukan UPSI bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sesi Akademik 2016/2017 boleh buat semakan pada 24 November 2016 (selepas 12.30 tengahari) bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Manakala, semakan layak untuk calon temuduga atau Ujian Khas bagi program Ijazah Sarjana Muda Bukan Pendidikan boleh disemak pada 25 November 2016 pada jam 5.00 petang. Keputusan boleh disemak melalui aplikasi Semakan Temuduga dan Ujian MedSI 2017 secara atas talian (online) di bawah ini.
Semakan Ujian MEdSI dan Temuduga UPSI Sesi Akademik 2016-2017 Online

Semakan Panggilan Menduduki Temuduga / Ujian Khas dan Ujian MEdSI Sesi Akademik 2016/2017

Semester 2 (Ambilan Februari  Sesi 2016/2017)

Berikut adalah senarai tarikh penting UPSI Ambilan Februari Sesi 2016/2017 meliputi termasuk tarikh semakan panggilan temuduga bagi bukan pendidikan, Ujian Medsi bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan semakan keputusan permohonan.
● Semakan Panggilan Temuduga bukan pendidikan, Ujian MedSI dan Ujian Khas 2017 : 25 November 2016 bermula jam selepas 5.00 petang. Anda boleh semak menerusi aplikasi KLIK DISINI
● Semakan Panggilan Temuduga Pendidikan, Ujian MedSI dan Ujian Khas 2017 : 24 November bermula jam 12.30 tengahari.
● Ujian MedSI 2017 dan Temuduga Bukan Pendidikan : 30 November hingga 3 Disember 2016.
● Semakan panggilan temuduga pendidikan : 21 Disember hingga 6 Januari 2016.
● Temuduga dan Ujian Khas Pendidikan : 3 hingga 6 Januari 2017
● Hebahan jaya kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda (ISM) : 16 hingga 27 Januari 2017
● Pendaftaran Pelajar : 5 Februari 2017
Sebarang maklumat lanjut mengenai Universiti Pendidikan Sultan Idris bolehlah melayari website ini : http://www.upsi.edu.my/online atau Facebook Bahagian Hal Ehwal Akademik atau mengemukakannya di alamat seperti di bawah ini:
Unit Kemasukan, 
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
35900 Tanjung Malim,
Perak.
No Tel : 05-450 6929 / 6930 / 6932
Semoga informasi ini mengenai semakan panggilan menduduki temuduga dan Ujian MEdSI bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Bukan Pendidikan (UPSI) Sesi Akademik 2016/2017 dijadikan panduan kepada bakal calon. Diharapkan dapat dikongsikan kepada bakal calon di luar sana agar tahu akan hal ini.

1 comment... add one now

Elih Japahar Elih Japahar November 27, 2016
Dulu ada apply ni tapi tak lepas huhu..