Header Ads

Cara Membersihkan Seterika Yang Berwarna Hitam dan Berkerak

Cara Membersihkan Seterika Yang Berwarna Hitam dan Berkerak
Penggunaan seterika kalau tak digunakan dengan cara yang betul, akan menjadi gelap dan juga berkerak. Mesti korang pernah alami? Bayangkan, bila anda cuba nak gosok baju putih bagi anak-anak anda, atau pun baju kurung dan kemeja habis baju itu kena kerakan dari seterika tersebut. Dah jadi satu kerja kita kena membasuh balik baju itu seperti sediakala.

Cara Membersihkan Seterika Yang Berwarna Hitam dan Berkerak

Saya ambil tips menerusi 'Petua Tradisional'  , ada dikongsikan cara untuk membersihkan seterika yang berwarna hitam dan juga berkerak. Cara-caranya ialah: 

Cara Membersihkan Seterika Yang Berwarna Hitam dan Berkerak

1. Sediakan kertas pasir dan kikis kotoran yanga da di seterika tersebut menggunakan kertas pasir.
2. Setelah dikikis, hidupkan seterika dan panaskan seterika dengan suhu yang sederhana. 
3. Gosokkan seterika pada permukaan kain yang halus berulang kali sehinggalah kotoran tersebut hilang.
4. Sediakan daun pisang dan gosokkan seterika tersebut ke atas daun pisang sehingga bersih. Untuk makluman, daun pisang membantu menanggalkan kesan kotoran yang melekat pada seterika.

* Ayat telah diolah sendiri mengikut kesesuaian ayat.

Kredit - Petua Tradisional

1 comment:

  1. ya info menarik..seterika kat umah memang da hitam aysik tbakar je

    ReplyDelete

Powered by Blogger.