5 Senarai Tempat Snorkeling Terbaik Di Dunia

5 Senarai Tempat Snorkeling Terbaik Di Dunia. Snorkeling adalah cara yang amat sempurna dan mudah untuk melihat keindahan alam semulajadi di dalam air. Berenang dengan tenang di perairan biru dan jernih merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga dan tidak boleh dilupakan.
Sebenarnya aktiviti snorkeling mempunyai beberapa kelebihan atau kebaikan dari scuba diving kerana anda tidak memerlukan alatan yang berat, lesen, dan kos peralatannya jauh lebih murah dan mudah. Apa yang anda perlu tahu ialah teknik berenang dengan cara yang betul.

Dari laporan Huffingtonpost yang saya petik, di bawah ini ialah senarai tempat snorkeling yang terbaik di dunia.

5 Senarai Tempat Snorkeling Terbaik Di Dunia
Sumber Foto dari myoutislands.com

1. Bimini Island, Bahamas
Kepada mereka yan gemar melakukan aktiviti snorkeling, ini adalah tempat wajib yang perlu anda kunjungi. Pulau kecil yang memiliki panjang 7 milimeter dan lebar hanya sekitar 700 kaki ini merupakan syurga buat pencinta keindahan hidupan laut. Di pulau ini, anda berpeluang untuk berenang bersama kawanan lumba-lumba.

5 Senarai Tempat Snorkeling Terbaik Di Dunia
Sumber foto dari Pinterest.
2. Pulau Apo, Filipina
Pulau ini terbentuk dari letusan gunung berapi kecil dan merupakan tempat yang sangat popular bagi penggemar scuba diving. Antara tarikan yang terdapat di pulau ini ialah anda boleh melihatkura-kura raksasa, terumbu karang yang berwarna-warni, dan berbagai jenis spesies ikan. Walaupun anda melakukan aktiviti snorkeling di tempat yang tidak terlalu dalam, tetapi anda boleh menikmati keindahan hidupan laut sama seperti anda melakukan aktiviti scuba di paras air laut yang dalam.

5 Senarai Tempat Snorkeling Terbaik Di Dunia
Sumber foto dari Mother Nature Network

3. Taman Nasional Thingvellir, Iceland
Di pulau ini, airnya begitu jernih dan terdapat rumpai laut yang sangat hijau hingga memukau mata anda. Jika anda melakukan aktiviti snorkeling di sini, ibaratnya anda seperti berada di antara benua Amerika dan Eropah.

5 Senarai Tempat Snorkeling Terbaik Di DuniaSumber Foto dari Pinterest
4. Great Barrier Reef, Australia
The Great Barrier Reef adalah salah satu keajaiban alam semula jadi yang terdapat di Australia. Di sini terdapat lebih dari 900 sepesies hidupan laut yang menakjubkan seperti parrot fish, kura-kura gergasi, tapak sulaiman dan berbagai-bagai lagi.
5 Senarai Tempat Snorkeling Terbaik Di DuniaSumber foto dari Pinterest

5. Raja Ampat, Indonesia
Tidak jauh di negara kita, pulau ini semestinya menjadi tarikan buat penggemar aktiviti snorkeling dan juga scuba diving. Terdapat pelbagai spesies ikan dan batu karang yang menakjubkan di sini. Keunikan lain yang terdapat di pulau ini adalah fenomena Hantu Laut. Fenomena ini tebentuk dari sinaran air laut ketika kejadian matahari terbenam. Anda akan hanya dapat melihat keunikan ini pada setiap akhir tahun sahaja.

Semoga informasi ini memberikan anda cadangan tentang destinasi yang mana pilihan anda untuk dikunjungi untuk aktiviti snorkeling.
Sumber dari HuffingtonPost (diolah semula oleh lokmanamirul.com)

4 comments.. read them below or add one

Unni Anje Unni Anje November 03, 2016
lama nya x snorkeling.. bila la mrasa tempat mnarik mcm ni
lokman amirul lokman amirul November 03, 2016
awak org sabah kan...kat sana lagi destinasi cantik.
Faizal Fredley Faizal Fredley November 03, 2016
cantiknya pulau2 ni.....rasa nak je pergi nih....
Unni Anje Unni Anje November 08, 2016
bnyak jgk..ada da p separuh tempat tp kat atas ni.. geram je tgk