Semakan Keputusan Ujian MUET Julai 2016 Online Dan SMS

Semakan keputusan MUET sesi Julai 2016 secara online dan SMS

Semakan keputusan ujian Malaysian University English Test atau lebih dikenali MUET untuk sesi Julai 2016 boleh dibuat mulai hari ini 5 Oktober 2016. Anda boleh buat semakan sama ada secara atas talian atau melalui SMS.

Cara Semak Keputusan Ujian MUET Secara Online

Semakan keputusan ujian MUET secara online, anda boleh layari ke laman web tertera di bawah melalui aplikasi atas talian Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM);

http://webmpm.mpm.edu.my/muet_result/

Cara Semak Keputusan Ujian MUET Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk semakan keputusan ujian MUET sesi Julai 2016 akan diaktifkan bermula jam 10.01 pagi 5 Oktober 2016 sehingga jam 11.59 malam 4 Januari 2017.


Berikut cara membuat semakan keputusan ujian MUET melalui SMS:

1. Anda perlu taip MUET<jarak>RESULT<jarak>[no.kad pengenalan]

Contoh : MUET RESULT 960629265099

2. Kemudian, hantar SMS tersebut ke 15888.


0 comment... add one now