Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik & Kolej Vokasional Ambilan Januari 2017

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2017 

Untuk pengetahuan anda khasnya kepada pelajar sekolah sudah sedia maklum anda boleh buat permohonan online untuk kemasukan ke Tingkatan 4 di Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik bagi ambilan Januari 2017 telah dibuka bermula 11 Oktober 2016.


Cara Memohon Kemasukan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik

Kepada pelajar yang memenuhi syarat dan kelayakan boleh lah memohon secara atas talian (online) melalui laman web Permohonan Kemasukan Murid Ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik di website ini;

https://sptv.moe.gov.my/

1. Masukkan nombor MyKad atau Kad Pengenalan untuk mengakses borang permohonan kemasukan.


Syarat-Syarat Umum Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik

● Warganegara Malaysia
● Pelajar Tingkatan 3 tahun 2016
● Tidak rabun warna

Tarikh Tutup Permohonan 

Permohonan ke program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan tahun 2017 dibuka mulai 11 Oktober 2016 sehingga ke 20 Disember 2016 pukul 11.59 malam.

0 comment... add one now