Pantang Larang Ketika Hendak Menaiki Kereta Api

kereta-api
Saya nak kongsi sedikit perkongsian yang dikongsikan oleh Abang Redzuan Abd Manaf mengenai beberapa pantang larang jika hendak menaiki kereta api.

APABILA menaiki sesuatu yang memerlukan bayaran, sudah pastinya akan mendapat resit atau tiket, bagi mengesahkan yang kita sudah membayar untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan ini.
Namun begitu, mungkin ada juga sesetengah atau segelintir orang yang kadang-kala, membuang begitu sahaja tiket tersebut, tidak menyimpannya sewaktu berada di dalam kereta api, khususnya. Pegawai yang bertugas adakalanya akan membuat rondaan, dan menyemak tiket yang ada pada kita, jika menggunakan touch n go sekali pun, mereka akan tengok juga.
Jika tidak mempunyai tiket, banyak pula alasan yang diberi kelak, dan mungkin akan dikenakan denda sebab tidak mempunyai tiket, atau menghilangkan tiket. Itu buruk padahnya!
Berikut ini beberapa pantang larang ketika hendak menaiki kereta api, yang dikongsikan oleh saudara Redzuan Abd Manaf di Facebook.
Guys.
Ini abang SHARE 5 “pantang larang” kalau korang nak naik keretapi.
1. Tolong jangan SALAH GUNA KONSESI. Kad pelajar, pesara, wargamas, orang kurang upaya…..hanya layak digunakan oleh pemegang kad sahaja. Kawan, sahabat, kenalan jauh dan dekat, jiran setaman, girlfriend, boyfriend, datuk, nenek, emak, ayah, adik, abang, kakak taraaaaaa boleh!!!! Ada paham???
2. Tolong jangan naik tren SALAH TARIKH (pastikan masa, nombor tren, destinasi dan tarikh betul). Jangan naik tren hari ni, tunjuk tiket tahun lepas punya…..tolong la jangan buat abang gelak, itu x kelakar…….sumpah!!!!
3. Tolong jaga tiket……jangan cakap, “abang, saya punya TIKET HILANG!!!!” x tau mana terbang. Itu boleh bikin abang marah. Kalau muka abang taraaaaa senyummm, korang jangan komplen nah!???!
4. Tolong jangan SNAP GAMBAR TIKET (malas tu jangan tunjuk sangat lah, simpan sikit kat rumah!!!!!). Kalau beli tiket online tu, tolong la rajin sikit SAVE kat PDF file…..bukan susah. Jangan gedik nak snap picture kat ladtop/komputer tu hahhhhh. Apa ingat mata abang ni cerah?????? Gambar dah la gelap……pecah-pecah macam haramm ja*+#!!!! Saje kan nak bikin abang naik darah!!!!
5. Yang ni abang mintak tolong sangat-sangat……tolong jangan amal naik tren TIADA TIKET, lepas tu bagi 1001 alasan……urgent lah, mak ayah sakit lah, atuk tenat lah. Part ni memang abang lemah. Nak x nak kena tolong jugaklah.
Guys. Bagi la chance kat abang dan kawan-kawan agar x rasa bersalah. Tolong la beli tiket ikut cara/saluran/prosedur yang betul…….serius x susah. Abang dan kawan-kawan dalam ni nak buat kerja dengan mudah. X nak marah-marah. Ingat abang ni x penat ker hahhhhh????

Kredit FB Redzuan Abd Manaf

0 comment... add one now