Lafaz Niat Puasa Sunat 9 Muharram Hari Tasu'a & 10 Muharram Hari 'Asyura

Bulan muharram ialah bulan pertama dalam Kalendar Islam/Hijri. Ia merupakan salah satu daripada empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) atau bulan yang dimuliakan Allah.

Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.

Sabda Nabi s.a.w  maksudnya:  “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim).


Antara amalan yang dianjurkan di bulan Muharram ialah berpuasa sunat pada hari yang kesembilan dan hari yang ke sepuluh. Berikut adalah lafaz niat puasa sunat 9 muharram (hari Tasu'a) dan 10 Muharram (hari 'Asyura).

Niat Puasa Hari Tasu'a 9 Muharram


نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

Maksud : Sahaja aku puasa sunat Tasu'a kerana Allah Taala

Niat Puasa Hari 'Asyura 10 Muharram

Maksud : Sahaja aku puasa sunat 'Asyura kerana Allah Taala

نويت صوم عشر سنة لله تعالى

Semoga memberi manfaat dan berguna buat pembaca Muslim Salam Maal Hijrah.

0 comment... add one now