Khasiat dan Masa Yang Betul Untuk Minum Teh Hijau?


Meminum teh hijau memang banyak kebaikannya namun begitu sekirhanya cara kita konsumi salah secara tidak langsung kebaikannya akan berkurangan. Antaranya ialah:
Makan atau minum pa – apa yang menggunakan perisa teh hijau.
Mandi tau rendam dalam green tea scented bath bomb.

Khasiat teh hijau sejuk atau panas tiada beza, namun jika kita gunakan air batu kepekatan teh hijau akan berkurangan.

Masa Yang Sesuai Untuk Minum Teh Hijau?
Masa yang sesuai bergantung kepada sebab sebenar anda konsumi teh hijau, seperti yang kita tahu teh hijau mempunyai beberapa manfaat seperti menguruskan badan, untuk sihat, dan juga sebagai antioksidan.

Teh Hijau sebagai antioksidan
Untuk mendapatkan kesan antioksidan yang optima, teh hijau seharusnya diminum antara waktu makan (between meals). ini untuk memastikan catechin (salah satu major antioxidant) tak bertindakbalas dengan casein yang terdapat dalam susu atau mana-mana protein haiwan. tindakbalas ini boleh mengurangkan keberkesanan teh hijau.
Teh hijau juga menghalang penyerapan kalsium dan non-heme iron (zat besi yang didapati dari tumbuhan). Ini boleh memberikan masalah kepada mereka yang cenderung untuk menghidap anemia. Ada juga kajian yang mengatakan teh hijau mengurangkan penyerapan macro nutrien seperti lemak dan protein. sebab tu la kena ambil teh hijau ni sekurang-kurangnya sejam sebelum atau selepas makan.

Teh hijau menggalakkan penurunan berat badan
Meningkatkan metabolisma tubuh dan dengan menghalang penyerapan  lemak. jika tujuan utama anda nak minum teh hijau sebab nak turunkan berat badan, you can take it along with your meals. Tapi anda hanya boleh minum dengan meal kalau perut korang tak sensitif.. teh hijau sifatnya alkali, jadi dia menggalakkan perembesan gastric acid yang lebih banyak.

Bilakah Masa Yang Betul Untuk Minum Teh Hijau?
Jika anda nak cepat turun berat badan, korang oleh minum oolong tea bila-bila korang makan makanan berlemak sebab oolong tea membantu dalam proses penyingkiran lemak. t

Bila masanya nak minum teh hijau tanpa kesan sampingan?
Jangan minum teh hijau di awal pagi ketika perut kosong. kandungan kafein dalam teh hijau boleh menyebabkan dehydration dan boleh menyebabkan rembesan gastric acid yang menyebabkan sakit perut atau ulcer. pengamal ubatan cina turut mengatakan pengambilan teh ketika perut kosong boleh menyebabkan paru-paru dan perut menjadi 'sejuk'.
Elakkan minum teh hijau ketika sedang makan kerana ia boleh mengurangkan penyerapan thiamin (vitamin B1). kekurangan vitamin ini boleh menjurus kepada masalah beriberi.

Adakah teh hijau mengandungi kafein?
Kebanyakan pengamal teh hijau risau tentang kandungan kafein dalam teh hijau. Teh hijau mengandungi kafein seperti teh lain tetapi kandungannya berbeza dari satu jenis ke satu jenis dan ia juga bergantung kepada kuantiti teh hijau yang anda brew dan berapa minit masa diambil untuk setiap rendaman. Lebih banyak kuantiti dan lebih lama rendaman dalam cawan, lebih banyak lah kafein yang anda minum.
Satu kajian telah dibuat untuk menentukan jumlah kafein yang ada dalam teh dan keputusannya berdasarkan teh hijau didalam cawan 7 ounce yang direndam selama 3 minit:
Chinese oolong green tea - 37mg
kenyan green tea - 58 mg
Indian Green tea - 59 mg

Patut tak minum teh hijau sebelum tidur?
Ini juga antara soalan yang sering pengamal teh hijau keluarkan..lagi sekali, jawapannya bergantung kepada sebab utama kenapa korang minum green tea ni...kalau korang minum sebab nak kurus, lebih baik minum satu jam sebelum tidur, supaya takde la korang kena bangun tengah malam nak buang air..ia membantu membakar lemak ketika tidur dan takkan halang kita dari tidur nyenyak..zzz

Berapa banyak Teh Hijau yang boleh diambil sehari?
menurut pakar, 'dos' maksimum green tea sehari ialah 3 hingga 5 cawan sahaja.

0 comment... add one now