Kenapa Lampu Isyarat Berwarna Merah, Kuning dan Hijau?

Pernah tak anda terfikir, kenapa lampu isyarat dicipta dengan 3 warna iaitu merah untuk berhenti, kuning untuk berhati-hati, dan hijau untuk jalan?

Sejarah Lampu Isyarat

Pada permulaannya, lampu isyarat yang digunakan untuk kereta api menggunakan warna merah sebagai berhenti, hijau sebagai berhati-hati dan putih untuk bergerak. Tetapi, ia memberi masalah apabila bekas penutup lampu yang sering tertanggal, menyebabkan ketiga-tiga lampu kelihatan warna putih, menunjukkan isyarat bergerak.
Ramai juga keliru apabila memandu waktu malam kerana tersilap melihat bulan penuh yang dianggap sebagai isyarat jalan.
Akhirnya lampu isyarat di jalan raya diperkenalkan dengan warna merah dan hijau sahaja di London pada 1868 dengan menggunakan lampu gas.

Ia diperkenalkan oleh J.P. Knight dan dibina oleh syarikat jurutera keretapi Saxby & Farmer. Namun, lampu ini mudah meletup dan mengakibatkan polis yang mengawal lampu isyarat cedera. Oleh itu, lampu isyarat tidak digunakan sehinggalah lampu isyarat beroperasi menggunakan mentol elektrik. 
Lampu isyarat elektrik dibina pada 1912 oleh Lester Wire, seorang anggota polis di Amerika Syarikat dengan menggunakanwarna merah dan hijau.

Akhirnya warna kuning ditambah bagi memberi maksud berhati-hati serta mengatasi masalah lampu putih yang mudah mengelirukan pemandu.

Penerangan Fizik

Secara fizik, warna merah mempunyai panjang gelombang yang lebih tinggiberbanding warna-warna lain. Panjang gelombang yang tinggi akan mempunyai halaju yang lebih besar.
Dalam erti kata lain, warna merah akan lebih cepat kelihatan terlebih dahulu berbanding warna-warna lain. Maka, warna merah digunakan sebagai amaran untuk berhenti kerana warna ini lebih cepat dilihat berbanding warna lain.

P/s: Bagaimana agaknya kalau lampu isyarat ditukarkan warnanya kepada warna selain merah, kuning dan hijau?
Rujukan

2 comments.. read them below or add one

Jamil Hashim Jamil Hashim Oktober 08, 2016
good sharing...
mohon share...