Ini Rupanya Maksud Telinga Kerap Berdesing Menurut Islam!

Screen-Shot-2016-10-07-at-4-44-52-PM.png

Kalau telinga berdesing mesti disebabkan faktor alergik makanan, dentuman bunyi yang terlalu kuat ataupun mungkin tanda-tanda awal korang boleh jadi pekak. Tapi korang tahu tak, telinga yang berdesing kerap kali sebenarnya ada maksud tersirat dari segi agama islam.

Menurut riwayat Ibnu Sunni, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“ Barang siapa berdesing telinganya hendaklah ia mengingatiku dan berselawatlah kepadaku. Selepas itu hendaklah ia berzikir dengan zikir
“ ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR”

Jika kerap kali telinga berdesing, amalkan berzikir dan berselawat kepadanya dan membaca doa “ ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR” yang membawa maksud Allah s.w.t mengingatkan orang yang mengingatiku dengan kebaikan. Jadi, ingatlah, tanda itu merupakan satu peringatan dari Allah swt.

Selain itu, kejadian telinga berdesing ini juga berkait dengan petanda daun dari pohon arasy gugur yang tertera nama kita yang membawa maksud saudara terdekat akan meninggal dunia. Betul ke?

Namun, dari segi perubatan pula, telinga yang kerap kali berdesing merupakan petanda telinga anda terkena jangkitan dan juga disebabkan alah pada bahagian hidung.

Peningkatan usia juga boleh menyebabkan pendengaran korang terjejas. 

1 comment... add one now