Harga Tiket Final TM Piala Malaysia 2016 Kedah Vs Selangor 30 Oktober!

Harga Tiket Final Piala Malaysia 2016 Kedah vs Selangor

Sebelum saya nak bicara lebih lanjut, terlebih saya ucapkan tahniah buat pasukan Kedah dan Selangor yang berjaya menempah slot ke pusingan akhir TM Piala Malaysia 2016. Sebenarnya, kedua-dua pasukan ini pernah bertembung di pusingan akhir pada musim lepas Piala Malaysia 2015. Di mana, pasukan Selangor berjaya merangkul kejuaraan buat kali ke-33.


Mungkin tahun ini, misi balas dendam pasukan Kedah terhadap pasukan Selangor di Stadium Shah Alam, stadium yang sama Kedah tewas di tangan pasukan Red Giants. Perlawanan antara pasukan Kedah dan Selangor akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam, pada 30 Oktober 2016 jam 9.00 malam dan disiarkan di TV9.

Harga Tiket Final TM Piala Malaysia 2016 Kedah vs Selangor

Berikut adalah dikongsikan harga tiket Piala Malaysia 2016 antara Kedah dan Selangor:

Tarikh perlawanan : 30 Oktober 2016
Waktu perlawanan : 9.00 malam
Harga tiket :
● Dewasa - RM50 termasuk GST
● Kanak-kanak (6 - 12 tahun) - RM5 termasuk GST
Tarikh jualan : 26 Oktober 2016 (Rabu 10 pagi)
Tempat jualan :
● Kedah : Stadium Darul Aman
● Selangor : Stadium Shah Alam

Jumlah Tiket dan Agihan Final TM Piala Malaysia 2016

Jumlah keseluruhan :
● Dewasa : 70,000 keping

Secara online :
● Dewasa : 10,000 keping
● Kanak-kanak : (6-12) 500 keping

Pembelian tiket secara online boleh didapati di laman web TIKET ONLINE bermula 26 Oktober ini, dengan layari ke www.tickethotline.com.my

Moga-moga perkongsian ini dapat membantu anda mengetahui waktu pembelian tiket perlawanan akhir antara Kedah dan Selangor.

0 comment... add one now